Polis Akan Ambil Tindakan Jika Perhimpunan Black 505 Dijalankan Tanpa Permit - Timbalan KPN

PUTRAJAYA: Polis akan mengambil tindakan sewajarnya jika penganjur Perhimpunan Black 505 tetap meneruskan acara itu tanpa melalui permohonan permit yang betul, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

"Kita sudah ada undang-undang dan akan menguatkuasakan undang-undang tersebut. Kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang.

"Kita akan melihat keadaan. Jika ada keperluan, kita akan ambil tindakan," katanya pada sidang akhbar Majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa Putra Intelek di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, Sabtu.Pembangkang dilaporkan akan meneruskan Perhimpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 Jun ini walaupun tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli berkata, Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian mengadakan perhimpunan di Padang Merbok walaupun DBKL mahu mereka mengadakannya stadium.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana