PM lantik Dr. Asyraf Wajdi terajui YADIM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang baharu berkuat kuasa semalam.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, perlantikan Asyraf Wajdi adalah untuk tempoh selama dua tahun.

"Pelantikan beliau berkuat kuasa 3 Jun 2013," menurut kenyataan tersebut.

Jawatan Yang Dipertua Yadim sebelum ini dipegang oleh Datuk Dr. Aziz Jamaludin Mhd Tahir.

Nama Asyraf Wajdi yang dilahirkan pada 14 Mei 1976 bukan asing dalam dunia keilmuan, gerakan dan perbankan Islam di negara ini. Beliau merupakan anak kepada Datuk Dusuki Ahmad yang juga pernah menjadi Yang Dipertua Yadim

Pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam Perbankan dan Kewangan Islam itu sebelum ini memegang jawatan Ketua Hubungan Kajian, Akademi Kajian Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di Pusat Antarabangsa Bagi Pendidikan Dalam Kewangan Islam (INCEIF).

Sementara itu, Asyraf Wajdi ketika dihubungi menyifatkan pelantikan itu tanda keterbukaan kerajaan menerima orang muda untuk menerajui pertubuhan dakwah tersebut.

"Ini turut membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan agenda Islam dalam pentadbiran negara.

"Saya percaya pelantikan ini merupakan peluang buat saya membantu masyarakat tentang cara hidup Islam sebenar, sekali gus memberi pemahaman yang lebih jelas mengenai dakwah Islam," katanya.

Menurutnya, agenda memperkasa bidang dakwah dan Islam bukan hanya tugas golongan 'veteran' semata-mata malah tanggungjawab semua peringkat umur.

"Penerimaan masyarakat terutama golongan muda dalam pendekatan dakwah perlu seiring dengan kecanggihan teknologi masa ini yang sentiasa berubah," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana mempercayai golongan muda untuk menerajui Yadim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana