Pinda Akta Perhimpunan Aman Beri Hukuman Keras..Sokong 100%

ALOR SETAR: Pemuda Gerakan Kedah mencadangkan supaya Akta Perhimpunan Aman 2012 dipinda bagi membolehkan hukuman yang lebih keras kepada pesalah.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata pindaan itu perlu meliputi hukuman penalti sekiranya lewat mengemukakan pemberitahuan perhimpunan, gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak polis serta bagi kesalahan menganjurkan perhimpunan haram.

Beliau berkata hukuman yang lebih keras boleh dijadikan peringatan untuk pihak lain yang berhasrat melakukan perkara yang sama pada masa depan.

Tan berkata di bawah Seksyen 4 Akta Perhimpunan Aman, sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah seksyen itu boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 manakala bagi kesalahan gagal mengemukakan pemberitahuan boleh didenda sehingga RM10,000 berdasarkan Seksyen 9 Akta tersebut.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Alor Setar mengenai penganjuran perhimpunan Black505 Sabtu ini di Kuala Lumpur.

Dalam laporan itu Tan menggesa pihak polis menyiasat perhimpunan yang dirancang kerana ia akan diadakan di lokasi yang tidak dibenarkan yang jelas bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana