Persoal titah Agong: MP bidas Anwar...Itu Lah Bangangnya ANWAR Ni

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ditegur oleh Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu kerana terus menerus mempersoalkan ucapan titah Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Datuk Abdul Aziz  Sheikh Fadzir berkata tindakan Anwar yang cuba mengaitkan titah Seri Paduka Baginda dibuat atas nasihat Perdana Menteri kelmarin seolah-olah mencerminkan Agong  dipaksa membaca titah tersebut.

"YB Pembangkang, persoalannya ialah apakah kita memberikan gambaran yang Seri Paduka membaca titah tersebut yang Seri Paduka sendiri tidak faham?

"Apakah itu gambarannya apabila Agong membaca titah tersebut yang daripada kerajaan maksudnya Seri Paduka terpaksa baca, atau dipaksa baca?

"Kita tiada paksaan dan memang kita boleh bahas, memang boleh bahas tetapi kata-kata yang memperbodohkan Seri Paduka bahawa konon-kononnya Seri Paduka hanya membaca memberi gambaran bahawa Seri Paduka tidak faham apa yang dibaca dan tidak boleh tidak bersetuju dengan apa yang dibaca?," katanya ketika membangkitkan soalan tambahan ketika perbahasan usultitah  Yang di Pertuan Agong.

Tersentap dengan soalan yang dibangkikan itu, Anwar kemudiannya dilihat tidak dapat menjawab soalan tambahan dengan yakin apabila meminta kerajaan merujuk semula kepada sejarah negara.

"Perlu baca sejarah Melayu, sejarah Cina dan sejarah India dengan cukup, jadi perlu baca Sejarah Melayu dan Perlembagaan. Ucapan titah itu dibuat atas kerajaan yang memerintah, Allah tak faham susah," katanya.

Selain Abdul Kadir, Anggota Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa turut menyelar tindakan Ketua Umum PKR itu yang dilihat tidak menghormati titah Seri Paduka Baginda kelmarin.

"Apakah maksud pembangkang untuk membahaskan titah Diraja? Ini bukan isunya Tuan Speaker...

"Yang dibangkitkan di sini adalah beberapa orang daripada kalangan pembangkang memberi komentar kepada media dalam bentuk seolah-olah menghina ucapan ke Duli Yang Bawah Mulia, Yang di Pertuan Agong.

"Kita tahu ucapan itu tak perlu Ketua Pembangkang bergoyah bahawa ucapan itu adalah ucapan yang dibuat oleh kerajaan dan dibawa kepada perdana menteri, lalu secara simboliknya kemudian diserahkan kepada Ketua Parlimen, tiada siapa mempersoalkan itu, yang dipertikaikan seolah-olah ucapan itu dibuat oleh Barisan Nasional?

"Sedangkan Yang di-Pertuan Agong membaca titah ini atas sifatnya adalah sebahagian daripada Parlimen adalah Yang di-Pertuan Agong itu yang tidak dihormati pembangkang," katanya.

Dalam titah tersebut, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu semua pihak menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu yang telah diadakan mengikut lunas-lunas sistem demokrasi.

Sambil memuji usaha SPR dalam melaksanakan tugas dengan baik, Seri Paduka menggesa semua ahli politik supaya memberikan tumpuan penuh untuk memajukan negara.

"Beta menyeru semua pihak menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang telah diadakan mengikut lunas-lunas sistem demokrasi.

"Dan seterusnya bekerjasama serta bergandingan bahu bagi membolehkan negara melangkah ke depan untuk mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020," titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Parlimen ke 13, semalam.

Bagaimanapun, Anwar sebaliknya berkata sebagai negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, titah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hanyalah pandangan yang diusulkan dan dinasihatkan oleh Perdana Menteri dan ia bukannya satu arahan dan boleh diperdebatkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana