PERKASA pengampu: Anwar cemburu, kata Shukri

SHAH ALAM: Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) beranggapan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya cemburu apabila melabelkan kumpulan pendesak Melayu itu sebagai pengampu apabila tidak mempertikaikan pelantikan ketua Hindu Rights Action Force (Hindraf), P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Ketua Penerangan PERKASA Kedah Shukri Shuib, Anwar sebenarnya tidak berpuas hati dan menaruh dendam terhadap NGO yang sering-kali mendedahkan tembelang dan salah lakunya.

"Anwar adalah orang yang cemburu terhadap kejayaan orang lain. Anwar pernah duduk dalam Kabinet jadi dia tentu faham pelantikan dalam Kabinet yang berdasarkan kepada hak perdana menteri.

"PERKASA tidak meminta apa-apa jawatan pun dalam kerajaan, ini menunjukkan bahawa PERKASA bukan pembodek tetapi pejuang. Pejuang yang menentang sikap buruk Anwar Ibrahim," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Anwar pada program Himpunan Black 505 di Perlis malam tadi secara lantang menempelak PERKASA sebagai pengampu kepada kerajaan yang memerintah.

Katanya, PERKASA hanya membisu apabila Waythamoorthy yang tidak menghormati perlembagaan negara dan menuntut hak yang sama bagi kaum India dilantik sebagai timbalan menteri.

Tambah Shukri, Anwar yang pernah menjadi ahli jemaah Kabinet seharusnya faham prosedur pelantikan mana-mana anggota dan timbalannya adalah hak mutlak perdana menteri.

Menegaskan, PERKASA tidak pernah menuntut mana-mana jawatan dalam Kabinet, Shukri yang juga seorang penganalisis politik turut menyifatkan Anwar sebagai seorang diktator  kerana sering menyalahkan individu lain untuk menutup kesalahannya sendiri.

"Dia (Anwar) tidak payahlah nak jadi 'Hitler Kecil' di Malaysia ni apabila orang tidak suka dia, dia cemuh.

"Dia (Anwar) sebenarnya tidak dapat menerima hakikat kalau orang tidak menyokong dia," katanya lagi.

Selain melabel Anwar sebagai individu yang sebenarnya tidak matang dalam arena politik negara, Shukri turut merumuskan bahawa kehadiran Anwar yang pendendam itu hanya merugikan Pakatan Rakyat.

"Sikap Anwar Ibrahim ini seolah-olah mengamalkan politik kanak-kanak. Kalau dia tidak suka dengan seseorang akan melabelkan seseorang yang buruk.

"Pembangkang malang mempunyai ketua seperti Anwar Ibrahim," sindirnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana