Perbezaan ideologi antara punca perpecahan

Apabila ditanya mengenai perbalahan yang sering berlaku antara pemimpin dan aktivis parti pakatan pembangkang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata mereka boleh terus hidup selagi dan selama mana PAS, DAP dan PKR tidak serang menyerang antara satu sama lain.

“Kalau kita nak kalah senang je. Kita pakat kutuk sesama kita. PAS kutuk DAP, DAP kutuk PAS. PKR curigai DAP dan PAS, manakala PAS pula curigai PKR. Akhirnya, kita pun akan bergaduh dan bila tiba pilihan raya (akan datang), kita kalahlah.”
Parti dalam pakatan pembangkang berusaha sedaya upaya untuk menunjukkan kesepaduan. Selama ini, pemimpin mereka cuba menutup perbezaan antara mereka, walaupun hakikatnya perbezaan yang ada khususnya dari segi ideologi bagai gunung dengan gaung. Strategi mereka ialah bekerjasama atas prinsip persamaan dan tutup perbezaan. Justeru, mereka akan selindung persengketaan daripada pengetahuan awam. Tapi sampai bila? Apabila bangkai yang busuk sebesarnya gajah, macam mana nak tutup dengan nyiru?

Kecam Presiden PAS 

Terbaru ialah kritikan Ketua Angkatan Muda Keadilan terhadap Presiden PAS. Beliau mengecam Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana membenarkan calon PAS bertanding di kerusi yang sudah ada calon PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Akibatnya, pembangkang kalah tujuh kerusi sangat berharga kepada BN. Seperti diduga, pemimpin PAS peringkat pertengahan membidas kritikan beliau.

Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga menyelar PKR kerana berkeras meletakkan calon sehingga berlaku pertandingan tiga dan empat penjuru menyebabkan semua calon parti itu kalah. Seperti juga Makkal Sakhti dan Hindraf, PSM bakal mengambil keputusan untuk tidak bersama pakatan pembangkang.
Sebelum PRU-13 pun, sering berlaku perbalahan antara pemimpin pembangkang. Di depan orang awam, semua nampak baik tapi di belakang, sama-sama mengutuk dan saling sabotaj. Di Pulau Pinang, pemimpin PKR berjawatan Timbalan Ketua Menteri kutuk Setiausaha Agung DAP berjawatan Ketua Menteri sebagai ‘tokong’ dan ‘sombong’. Dalam kalangan pemimpin dan ahli DAP, ramai yang selar Guan Eng kerana kekecohan ketika pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu. Mereka hairan Guan Eng, seorang akauntan, boleh salah kira undi yang hanya berjumlah ratusan sahaja dan menuntut beliau letak jawatan.

Guan Eng juga dimarahi orang PAS kerana mencadang dibenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian. Presiden PAS dan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang pada mulanya menyokong Guan Eng, membuat keputusan sebaliknya apabila ditegur banyak pihak. Dalam mempertahankan Guan Eng, Karpal Singh menegur ulama PAS, yang membalas keceluparan Pengerusi DAP itu dengan amaran. Ada penyokong PAS yang mengancam agar PAS keluar daripada pakatan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana