'Penganjur perhimpunan bakal berdepan saman'

SHAH ALAM: Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad mengulangi kenyataan bahawa perhimpunan pembangkang yang dirancang di Padang Merbok 15 Mei nanti adalah salah di sisi undang-undang kerana gagal mematuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA).

Malah katanya penganjur bakal berhadapan dengan tindakan saman daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) kerana mahu menggangu program yang telah mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

PPSPPA dijadualkan akan mengadakan program larian amal di Padang Merbok pada tarikh yang sama pembangkang ingin mengadakan siri perhimpunan membantah keputusan pilihan raya umum bulan lalu.

"Salah tidak dapat kebenaran daripada DBKL. Terpulang kepada mereka pembangkang kalau buat juga adalah satu kesalahan di bawah 9 (5) Akta Perhimpunan Aman.

"Terpulang kepada dia (pihak PPSPPA) sama ada mahu saman penganjur perhimpunan tu," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Pakatan pembangkang dalam satu kenyataan hari ini nekad untuk menjadikan Padang Merbok, Petaling Jaya sebagai lokasi perhimpunan bertemakan 'Blackout505' pada Sabtu minggu hadapan walaupun permohonan ditolak polis.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menggunakan alasan telah menyerahkan notis awal di bawah PAA selain mendakwa polis dan DBKL cuba melengah-lengahkan kelulusan program tersebut.

Rafizi turut menuduh polis dan DBKL menafikan permohonan mereka sebagai bercanggah dengan PAA.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana