Penganjur Himpunan 505 tetap mahu Padang Merbok...Inilah dikatakan Kurang Ajar

SHAH ALAM: Mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah memuktamadkan bahawa Himpunan Blackout 505 tetap akan diadakan di Padang Merbok, Sabtu ini, kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin.

Sambil menolak ketiga-tiga lokasi alternatif yang diberikan oleh pihak berkuasa, Badrul Hisham berkata, beliau berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak polis menjalankan tanggungjawab mereka pada hari berkenaan tanpa dipengaruhi unsur politik.

"Sudah kata putus. Setakat ini, arahannya ialah semua pimpinan yang akan mengetuai lokasi-lokasi tersebut membawa semua yang berkumpul di sana ke Padang Merbok.

"Insya-Allah kita akan melakukan sebaik mungkin dan kita berharap polis dan DBKL juga rasional dengan tidak bertindak atas dasar tekanan politik tetapi bertindak atas dasar tanggungjawab mereka terhadap tugas mereka," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, penganjur turut mewujudkan sebuah jawatankuasa kecil yang akan memberi arahan kepada peserta demonstrasi pada hari tersebut.

Di pihak penganjur, katanya, mereka akan membentuk sebuah jawatankuasa yang akan memantau, menyelaras dan memberi arahan kepada orang ramai yang bakal berhimpun pada hari itu.

"Pada hari tersebut akan ada satu jawatankuasa kecil iaitu jawatankuasa pemutus di mana kita akan memutuskan mengikut keadaan pada hari tersebut berdasarkan keselamatan dan perlindungan kepada peserta demonstrasi," katanya.

Sebelum ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mencadangkan tiga lokasi kepada penganjur perhimpunan bagi membantah dakwaan penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Tiga cadangan lokasi alternatif itu ialah Stadium Titiwangsa, Stadium Merdeka dan Taman Rekreasi Air Panas.

"Bagi kami, kami telah memenuhi kehendak yang sepatutnya dalam Akta Perhimpunan Aman, kami telah memenuhi keperluan DBKL yang seharusnya.

"Sekarang ini tanggungjawab polis dan tanggungjawab DBKL membantu memberi kelulusan dan membantu melaksanakan program tersebut," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana