Penasihat PKR, Anwar Ibrahim menerima tamparan lagi

Hasutan beliau agar semua Ahli Parlimen pakatan pembangkang memboikot upacara angkat sumpah di Dewan Rakyat pada 24 Jun ini, tidak disahut.

DAP dan Pas secara terbuka menolak. Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam reaksinya semalam, menyifatkan, tindakan memboikot itu sebagai tidak masuk akal.

Malah beberapa pemimpin PKR termasuk Timbalan Presiden, Azmin Ali mengambil pendirian bercanggah dengan bosnya sendiri.

Akhirnya, Anwar dan Naib Presiden, Tian Chua yang lantang mahu upacara itu diboikot, menanggung malu.

Awang percaya Anwar tiada pilihan melainkan kena menjilat ludahnya sendiri. Beliau pasti hadir mengangkat sumpah tetapi tolong ingat... bukan sebagai Perdana Menteri.

Menarik untuk direnungkan dalam isu tersebut ialah sikap Azmin yang lebih terbuka dan rasional berbanding Anwar.

Ia bukan kali pertama Azmin tidak sealiran dengan Anwar. Sebelum ini, beliau beberapa kali mengkritik dan menyindir Anwar secara terbuka dalam isu perhimpunan haram jalanan membantah keputusan PRU-13.

Antara lain beliau mengingatkan Anwar agar jangan mengheret rakyat untuk kepentingan peribadi.

Setidak-tidaknya Azmin telah berperanan dengan baik sebagai pemimpin PKR yang menyuarakan apa yang diyakininya benar.

Maka Awang tertarik dengan kelantangan seorang aktivis PKR, Mohd. Fareez Kamal bahawa Azmin adalah pemimpin lebih sesuai untuk menjadi Presiden PKR.

Katanya, Wan Azizah Wan Ismail, yang diketahui sekadar boneka dan tidak tahu memimpin, perlu diganti bagi menyelamatkan parti itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana