Pembangkang perlu diberi 'pengajaran' - Atory

SHAH ALAM: Undang-undang perlu dikuatkuasakan dengan tegas dalam menangani tindakan sesetengah pihak yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, sudah tiba masanya kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak melakukan sesuatu sebagai 'amaran' agar pembangkang dan sekutunya berhenti melakukan demonstrasi serta cubaan menanamkan kebencian terhadap kerajaan.

"Tindakan itu kena diambil tanpa kompromi. (Kalau) ambil tindakan undang-undang, jangan lepaskan.. terus bawa ke mahkamah.

"Undang-undang ada, tapi tak tegas. Misalnya undang-undang mengenai Akta Hasutan, tapi tiada tindakan yang terus dilakukan (malah) dibebaskan begitu saja," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Tambah beliau yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) seharusnya diberikan kuasa mutlak dalam menangani isu seumpama itu, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pembangkang.  

"Tapi kalau diberi kuasa sepenuhnya kepada polis dengan undang-undang yang ada, jangan ada campur tangan daripada pihak atasan (khususnya) pihak politik, saya fikir ia boleh berjalan dan orang akan berfikir banyak kali untuk melakukan tindakan yang tak berfaedah seperti demonstrasi dan sebagainya," ujarnya lagi.

Sementara itu, pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berpendapat pembangkang seharusnya menyumbangkan buah fikiran atau cadangan dalam menambahbaik sistem pilihan raya negara, bukannya melakukan demonstrasi jalanan sekiranya tidak berpuas hati.

Katanya juga, terdapat pelbagai cara lain yang lebih baik, termasuk membangkitkan hal berkenaan di dalam Parlimen apabila Dewan Rakyat bersidang kelak.

"Mereka perlu membantu dengan cara yang boleh diterima oleh semua masyarakat.

"(Demonstrasi) bukan setakat tidak membantu, bahkan menambahkan masalah-masalah lain.

"Kalau tidak puas hati lagi, mereka boleh membangkitkan permasalahan itu di sidang Parlimen nanti. Mereka mempunyai anggota yang besar juga kali ini, jadi mereka boleh memberikan hujahan mereka, melontarkan apa jua keinginan mereka dalam Parlimen," ulas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana