Pembangkang 'penat' melayan impian Anwar


Benarkah ada pemimpin-pemimpin pembangkang kini cenderung dan terdorong untuk bersuara seperti pemimpin-pemimpin Umno? Kecenderungan ini dikesan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau membuat penilaian mengenai kempen menentang keputusan pilihanraya Umum ke-13.Jika benar, apakah akibatnya pada lanskap politik negara? Tidakkah itu satu petunjuk bahawa lanskap politik negara kini bergerak ke arah sesuatu yang bermanfaat pada pembangunan demokrasi Malaysia? Tidak! Kata Anwar. Trend mengajuk dan menuruti nada dan hujah pemimpin Umno telah menghantar mesej yang mengelirukan pada ahli dan penyokong pembangkang, katanya.Ini menyebabkan mereka menjadi teragak-agak untuk berjuang sekuat kudrat menyanggah keputusan PRU ke-13 yang dikatakan sarat dengan penipuan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Bercampur baur.

Natijahnya, gerakan Blackout505 yang cuba digerakkan oleh partinya, PKR, menerima sambutan yang bercampur baur di kalangan penyokong pembangkang.Ini kerana ada pemimpin pembangkang sendiri yang mahu pengikut mereka melangkahi isu Blackout505 dan memberi fokus pada pembangunan masa depan politik negara.“Ada orang bercakap, kita lihat ke depan. Saya nak ingatkan kepada mereka (kalau mereka kekal dalam Pakatan) untuk memahami masa depan, kita perlu memahami keadaan semasa,” kata Anwar merasmikan Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat semalam.Kerangka Blackout505 ialah mengadakan perhimpunan memprotes keputusan PRU ke-13 di seluruh negara dan pada kemuncaknya di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 Jun lalu. Anwar membayangkan lebih setengah juta rakyat akan berhimpun mengutuk “kecurangan” SPR.

Anwar bijak beri alasan.

Namun impiannya tidak menjadi kenyataan. Meskipun begitu Anwar masih terlalu bijak untuk tidak menggunakan alasan serangan jerebu mengapa tidak sampai 20,000 orang mengisi ruang awam di Padang Merbok Sabtu lalu.Justeru beliau memilih untuk menyalahkan sikap non-kommital beberapa pemimpin Pakatan pembangkang.Pun begitu Anwar masih berhati-hati dalam kritikannya itu. Beliau melabelkan pemimpin-pemimpin yang mahu “melihat ke hadapan” (yang seiring dengan pandangan Umno itu) sebagai dilanda “sindrom kepenatan” hingga tidak mempunyai stamina politik untuk bersamanya menumbangkan wibawa SPR.Bagaimanapun “kepenatan” beberapa pemimpin pembangkang yang dimaksudkan Anwar itu bukan sekadar “bersuara” (dan berhujah) seperti pemimpin Umno. Mereka menterjemahkan “kepenatan” itu dengan tidak hadir, malah ada yang secara terbuka mengkritik tujuan Blackout 505.

Ramai tak hadir.

Di acara kemuncak 22 Jun lalu, ramai pemimpin pembangkang yang tidak hadir. Lim Guan Eng, Khalid Ibrahim, Ahmad Yakob, Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat adalah antara nama besar pembangkang yang tidak kelihatan mencambahkan kempen anti SPR.Soalnya, adakah “suara Umno” ini salah?; baik di segi politik mahupun perpaduan nasional? Tidakkah jika pemikiran yang lebih dominan – lupakan keputusan PRU ke-13 dan tumpukan pengisian janji manifesto masing-masing – membangunkan negara sepatutnya menjadi agenda nasional sekarang ini?Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan pembubaran parlimen ke-12 menyeru semua ahli politik supaya menerima apa jua keputusan PRU ke-13 dengan berlapang dada.Beliau mengulangi hasrat ini apabila BN sudah menang PRU 13 dengan melakarkan wawasan supaya usaha “pengukuhan nasional” menjadi juzuk perjuangan politik selanjutnya.Lantas persoalannya ialah, adakah pemikiran luhur sebegini salah? Adakah satu dosa jika ada pemimpin pembangkang sendiri bersetuju dan berkongsi pemikiran dan amalan politik yang dianjurkan oleh Najib?

Sikap PAS jelas.

Sekadar meluahkan rasa tidak puas hati pada keputusan PRU ke-13 adalah lumrah. Tiada pihak politik yang mahu kalah. Namun ia percaya pada takdir. PAS akan teruskan persiapan untuk PRU ke-14 pula. Sebab itu ada ulama PAS yang mahu PAS melihat ke hadapan.

Ahli meluat.

Sikap sesetengah pemimpin PKR sendiri juga bening. Kini bukan masa untuk membuang masa dan tenaga rakyat meratapi keputusan PRU ke-13. Sebab itu ramai pemimpin kanan PKR sendiri tidak hadir (atas apa jua alasan) di perhimpunan kemuncak Padang Merbok.DAP juga tidak pula riuh rendah memprotes keputusan PRU. Mungkin ia bimbang jika terlalu lantang mempersoalkan isu berkenaan ahli-ahlinya sendiri akan meluat kerana “isu teknikal” pemilihan parti itu sendiri masih mencemari jati diri parti yang mendakwa pejuang demokrasi itu.Hatta, jika diimbangkan dakwaan bahawa pakatan pembangkang meraih lebih 50 peratus undi popular dalam PRU 5 Mei lalu dengan sambutan serta sokongan rakyat keseluruhannya pada Blackout 505, adalah jelas ada beberapa perkara yang tidak kena.Undi popular menunjukkan ramai rakyat yang mahu perubahan. Mereka mahu kerajaan yang lebih terbuka dan ikhlas. Malangnya, lebih 50 peratus undi popular itu tidak diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja politik baru oleh Anwar dan konco-konconya.Pendekatan politik Anwar tidak berubah. Mengutuk, mengeji dan juga meracuni pemikiran rakyat terhadap institusi politik negara adalah jenama strategi Anwar. Mujur undi popular tidak bererti mendapat kunci ke Putrajaya. Jika tidak Malaysia akan mengalami nasib seperti Algeria, Libya dan Mesir.Masih belum terlambat untuk semua ahli politik di negara ini mengutamakan usaha membina masa depan daripada dibebankan dengan realiti serong yang “cuba dibina tanpa pelan” hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana