Parti buih: JAWI tahan 47 remaja Islam...Rosaknya Ahlak Budaya Ini

KUALA LUMPUR: Seramai 47 remaja Islam termasuk tiga pelajar tingkatan lima ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ketika asyik berhibur dalam parti mandi buih di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng di sini malam tadi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAWI, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah malam itu, pihaknya menahan seramai 38 lelaki dan sembilan perempuan yang berusia lingkungan 17 ke 30 tahun.

Menurutnya, tiga daripada remaja perempuan terbabit berusia 17 tahun dan masih bersekolah.

"Ketika serbuan dilakukan kesemua mereka sedang menari sambil mandi buih dengan berpakaian seksi," katanya ketika ditemui selepas operasi yang turut disertai oleh anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Wan Jaafar, setiap pelanggan yang menyertai pesta itu dikenakan bayaran sebanyak RM40 seorang.

Beliau berkata, pihaknya melakukan intipan di restoran berkenaan setelah mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan maksiat itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana