Pandikar Amin punya gertak, PKR sah batal boikot!...Tahu Pun Takut ANWAR Ni

Selepas macam-macam ding dong dan hu hah termasuk salahkan media pasal cadangan PKR mahu boikot majlis angkat sumpah Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Isnin depan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya ‘mengalah’ juga.

"Dengan semangat demokrasi berparlimen, kami membuat keputusan untuk menghadiri hari pertama sidang Parlimen," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat di Petaling Jaya, Rabu.

Ketua Pembangkang itu berkata bahawa terdapat salah faham berhubung perkara itu, kerana mereka hanya membuat keputusan untuk memboikot sesi taklimat perjalanan Dewan Rakyat minggu lalu.

Biarlah Anwar nak beri seribu satu alasan termasuk tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13 yang mendorong parti itu bercadang boikot angkat sumpah kerana rakyat sudah masak perangainya ‘cakap tak serupa bikin’.

Tak kisahlah kalau beliau juga nak marah Naib Presiden PKR Tian Chua yang mencadangkan supaya ahli parlimen pembangkang memboikot majlis berkenaan.

Banyak sebab mungkin buat Anwar membatalkan cadangan itu. Lagipun, sekutunya, DAP dan PAS awal-awal lagi menegaskan, mereka tidak akan berbuat demikian kecuali memboikot sesi taklimat di Parlimen baru-baru ini.

Sebagai rekod, pada sesi taklimat itu, hanya ahli parlimen DAP, Er Teck Hwa dari Bakri yang hadir manakala 88 lagi ahli parlimen pembangkang membikot sesi berkenaan.

Satu antara punca Anwar terpaksa mengalah  macam dikatakan Pengerusi DAP Karpal Singh bahawa tindakan itu tidak masuk akal.

Tidak masuk akal – boleh bawa macam-macam makna termasuk ‘gila’.

Namun yang jadi punca Anwar batalkan cadangan itu mungkin kerana ‘gertakan’ Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa mana-mana ahli parlimen yang tidak mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat atau dalam tempoh enam bulan akan hilang kelayakkan sebagai wakil rakyat.

Pandikar Amin baru-baru ini menegaskan, kalau ada sesiapa yang mahu boikot majlis pada 24 Jun ini, beliau juga sebagai Speaker atau timbalan-timbalannya boleh melakukan tindakan serupa jika ada ahli parlimen mahu angkat sumpah pada tarikh lain.

Tentu boleh tabik spring kepada Pandikar Amin kerana ketegasan beliau akhirnya bikin ahli-ahli parlimen PKR ‘tak senang duduk’ dan terpaksa adakan mesyuarat biro politik minggu lalu bagi memutuskan sama ada perlu hadir atau tidak ke majlis angkat sumpah tersebut.

Kalau betul kata Anwar, PKR tidak ada rancangan boikot dan menudah media membesar-besarkan perkara  itu, mengapa pula mereka perlu mesyuarat untuk membuat keputusan?

Sehari selepas mesyuarat Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyatakan, partinya tidak akan memboikot majlis tersebut dan hari ini dengan kenyataan Anwar sendiri, sudah sah ahli-ahli parlimen parti itu akan bersama-sama geng mereka dari DAP dan PAS akan angkat sumpah Isnin depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana