Nurul membantah tindakan Imigresen Sabah di FB dan twitter....

Macam-macam tuduhan yang dihemburkannya terhadap Kerajaan Sabah....

Malang sungguh nasib orang Lembah Pantai kerana mendapat wakil rakyat yang otaknya terputus wayar bumi. Dah lah si bapanya bodoh hinggakan sistem pilihan raya di Malaysia pun tak faham, si anak pula bebal kerana tak faham undang-undang negeri Sabah sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Benarlah kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Sebanyak 20 perjanjian yang telah dicapai antara Sabah dan Sarawak dengan Tunku Abdul Rahman sewaktu Sabah hendak menyertai Persekutuan Malaysia. Apabila semua pihak telah bersetuju, maka terbentuklah Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.Salah satu perkara (perkara 6) yang dipersetujui adalah kawalan imigresen. Di mana dalam perjanjian itu telah dinyatakan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa imigresen sendiri untuk menghalang atau membenarkan orang dari negeri luar daripada memasuki negeri mereka.

Perkara ini sudah berjalan 50 tahun dan Kerajaan Persekutuan tidak pernah cuba untuk menghalang atau membatalkan perkara tersebut. Kerana itu adalah perjanjian dan hak Sabah. Jadi kerajaan pusat kena hormat walaupun gaji kakitangan imigresen itu dibayar oleh kerajaan pusat.

Hari ini apabila si anak puaka tidak dapat memasuki Sabah dia melalak menyalahkan Kerajaan Sabah. Itu hak Sabah....itu kuasa mereka....siapa kau yang nak melalak-lalak ? Hormatlah sikit hak rakyat Sabah.

Rakyat Sabah telah memilih BN sebagai kerajaan untuk memimpin mereka. BN menang 48 kerusi daripada 60 kerusi yang ada. Maknanya rakyat Sabah bersetuju dengan peraturan atau perjanjian yang ada. Jadi kalau Kerajaan Sabah bertindak, kau terima sajalah. Jangan nak jadi anjing gila pula...

Tak perlu untuk kita nak bincang jauh-jauh sebab apa dia dihalang masuk Sabah atau sebagainya. Cukup itu sahaja. Itu hak Sabah dan itu undang-undang mereka. Mereka boleh halang sesiapa dan mereka boleh benarkan sesiapa sahaja orang luar dari memasuki negeri mereka. Tolong belajar hormati hak orang. Jangan hanya fikirkan hak kamu sahaja. Dan yang penting jangan jadi macam babi hutan yang main sondol ikut suka hati sahaja...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana