NGO Menyeru Kerajaan.....Ambil tindakan terhadap Red Bean Army

KUALA LUMPUR 1 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta bertindak segera menahan sebanyak 30 individu yang dikesan sebagai pasukan tentera siber pembangkang, Red Bean Army bagi memastikan keamanan negara terus terjamin.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abu Bakar Yahya, tindakan tegas itu memandangkan tindakan kumpulan tidak bertanggungjawab berkenaan jelas mengancam perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Gunakan segala undang-undang yang ada untuk mendakwa mereka di mahkamah, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, kita mengharapkan hukuman yang paling maksimum dikenakan terhadap individu ini kerana menyemai polarisasi antara kaum," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kejayaan polis mengenal pasti identiti beberapa individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan pasukan tentera siber pembangkang yang dikenali sebagai Red Bean Army.

Individu itu dikesan menjadi orang upahan pembangkang untuk melancarkan serangan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi laman sosial seperti Facebook dan Twitter serta YouTube.

Sementara itu, Presiden Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Mohd. Fazil Abdullah berkata, ancaman yang dibawa Red Bean Army jauh lebih berbahaya daripada pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah sekali gus perlu dibanteras segera.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana