Nasib Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali sejak akhir-akhir ini tak ubah ‘sudah jatuh ditimpa tangga’

Malah, ada pihak berpendapat 2013, tahun malang buat Timbalan Presiden PKR itu.

Walaupun berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada PRU 13, ianya tidak bawa apa-apa makna kepada Azmin.

Sudahlah tidak terpilih sebagai Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, kini kuasa dan pengaruh beliau yang pernah dilabel sebagai ‘anak emas’ Datuk Seri Anwar Ibrahim, seolah-olah semakin menipis.

Bahkan, dalam senarai Exco yang diwakili PKR, mereka bukanlah tergolong ‘kumpulan’ yang menyokongnya.

 Cuma Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang tersenarai, itupun sekadar jawatan timbalan Speaker.

Belum sempat, Azmin merawat kecewa dan luka, Anwar dan Tan Sri Khalid Ibrahim menambah duka dengan  menyintuk limau di luka Azmin dengan pelantikan Saufuddin Nasution Ismail ke jawatan pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar Selangor.

Pengumuman Anwar mengenai tugas baru Setiausaha Agung PKR itu dikatakan dibuat Ketua Umum tersebut selepas perbincangan dengan Khalid di atas pentas ketika Kongres parti itu baru-baru ini.

Tentu ramai pemimpin dan ahli tersentak dengan pengumuman tersebut apatah lagi Azmin dan pengikut-pengikutnya.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shaifie tidak perlu tunggu lama untuk mempertikai tindakan tersebut yang dibuat tanpa perbincangan dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

Shuhaimi yang diketahui memang rapat dengan Azmin menuntut Menteri Besar menjelaskan peranan Saifuddin di jawatan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana