Nasib pemimpin PKR, madu habis, sepah dibuang

Kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang menafikan bahawa parti itu tidak pernah berhasrat memulaukan pembukaan sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 24 Jun ini membingungkan pelbagai pihak.

Jika sebelum ini, pemimpin PKR begitu lantang mahu memulaukan acara mengangkat sumpah ahli Dewan Rakyat itu, hari ini Azmin berkata Pakatan Rakyat hanya memboikot taklimat acara pembukaan Parlimen sahaja.

Antara pemimpin PKR yang pernah menyuarakan pemboikotan itu termasuk Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluah kekesalannya dengan keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu yang didakwanya wujud unsur penipuan.

Anwar pada 7 Jun lalu, dilapor mempertimbangkan untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan.

"Politik adalah perkara persepsi dan persepsi yang meluas bahawa PRU13 telah dicemari oleh penipuan dan beri peluang kepada kita memikirkan pilihan sama ada untuk memboikot sesi pembukaan," kata Anwar.

Kenyataan Anwar disokong oleh hulubalangnya, Tian Chua yang juga adalah naib presiden parti itu.

"Kita perlu berbincang dengan ahli pakatan lain. Ini adalah perkara yang kita perlu fikir sebaiknya, sebab ia ada implikasi serius.

"Tuntutan kami amat jelas - untuk mendesak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) letak jawatan. Jadi mereka ada sehingga 24 Jun, dan isu kami boikot Parlimen tidak akan timbul," kata Tian Chua.

Di sebalik lobi pemimpin PKR itu, sekutu mereka PAS dan DAP masing-masing cuba menjauhkan diri daripada terjebak dengan agenda itu.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pada hari yang sama dilapor menegaskan partinya tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah walaupun tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya dan akan memfailkan petisyen pilihan raya.

Tiga hari kemudian, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu juga membuat pendirian yang sama dengan menolak gesaan memulaukan sidang Parlimen sambil menegaskan wakil rakyat PAS akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa.
Menyedari agenda mereka tidak mendapat sokongan, PKR terpaksa membuat pusingan U apabila pada mesyuarat biro politiknya, malam tadi memutuskan tidak akan meneruskan pemulauan itu.

Bagi menutup keaiban berkenaan, PKR terpaksa mencari jalan dengan mendakwa mereka tidak pernah mencadangkan sebarang pemulauan.

Yang menariknya, dalam isu ini, Ketua Penerangan PKR Muhammad Nur Manuty seolah-olah 'dijahit' mulutnya dan tidak lagi diberi peranan sebagai jurucakap parti. Banyak keputusan dan dasar parti kini diserahkan kepada Tian Chua untuk didedahkan kepada media.Setelah tewas di kerusi Parlimen Bagan Serai pada 5 Mei lalu, dirinya ibarat tunggul yang menunggu masa untuk dibersihkan.

Sebelum ini, Muhammad selaku Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sekitar tahun 1990-an dianggap sebagai aset kepada PKR, khususnya diri Anwar. Pengalamannya yang sering mendampingi parti Umno dan mengangkat peranan pertubuhan Islam itu dilihat mampu memberi imej 'Islam' kepada PKR untuk menyaingi PAS.

Namun apakan daya sikap habis madu, sepah dibuang kegemaran Anwar memaksa Muhammad teraba-raba mencari jalan untuk membuktikan beliau masih relevan dalam dunia politik tanahair, atau setidak-tidaknya dalam partinya sendiri, PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana