Najib : SPR Bakal Dirombak

KUALA LUMPUR 1 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan dirombak kawal selianya dengan meletakkan ahli Parlimen dari kalangan kerajaan atau pembangkang sebagai langkah mengembalikan imej dan kredibiliti badan tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendekatan yang diambil ini diharap membuka mata rakyat dan tidak lagi mempersoal kebebasan SPR seterusnya memperkukuhkan keyakinan rakyat.

"Kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada SPR untuk menambah baik wibawa perjalanan pilihan raya di negara ini walaupun pilihan raya umum ke-13 (PRU13) telah berlangsung dengan baik dan lancar.

"Janganlah kerana kepentingan diri dan kelompok tertentu, ada pihak cuba merosakkan kebolehpercayaan institusi itu dengan melempar pelbagai persepsi liar.

"SPR bukanlah sebuah agensi atau jabatan kerajaan, sebaliknya sebuah mekanisme yang ditubuh berasaskan peruntukan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan anggotanya mendapat perlindungan jawatan yang sama dengan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan," katanya ketika berucap sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan baginda di Istana Negara hari ini.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berkenan berangkat menghadiri majlis itu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet.

Jelas Najib, kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu bermakna kerajaan sedia ada akan meneruskan agenda negara selama lima tahun akan datang menuju wawasan negara.

"Dalam tempoh itu kita akan menamatkan Rancangan Malaysia (RMK) ke-10 dan memulakan RMK ke-11, rancangan pembangunan lima tahun terakhir sebelum tercapainya Wawasan 2020 yang akan menyaksikan Malaysia, dengan izin ALLAH SWT, menyertai kelab negara berpendapatan tinggi dunia," katanya.

Dalam pada itu, Najib turut mengucapkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memberi kepercayaan kepada beliau meneraju negara sebagai Perdana Menteri.

"Patik ingin menjunjung kasih di atas perkenan kepercayaan Tuanku melantik patik selaku Perdana Menteri Malaysia selaras dengan mandat yang telah diberikan rakyat di bawah sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen.

"Amanah ini akan patik dan rakan-rakan jemaah menteri serta anggota pentadbiran lain lunaskan dengan penuh keinsafan bagi membawa rakyat dan negara ke arah kemakmuran dan kesejahteraan dengan bimbingan Tuanku dan izin ALLAH SWT," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana