MBSA jawab isu caj parkir kereta....Terimalah Hati Terbuka Negeri Kebajikan

 SHAH ALAM: Susulan daripada aduan dan rungutan penduduk di sini yang tidak berpuas hati dengan kadar caj parkir kereta yang baru diperkenalkan baru-baru ini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tampil menjelaskan tindakan mereka.

Menerusi kenyataan akhbar yang diedarkan, MBSA berkata kadar yang dikenakan pihaknya adalah lebih rendah berbanding kadar yang dikenakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor yang lain.

MBSA turut melampirkan perbandingan caj parkir kereta yang dikenakan pihaknya, dengan caj yang dikenakan PBT dan majlis bandaraya lain.

Dalam kenyataan akhbar itu juga MBSA menjelaskan bahawa cadangan kenaikan telah dibentang ke Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Kali Kelima 2013 (5/2013), MBSA yang dihadiri bersama Ahli-Ahli Majlis, 22 Mei lalu.  

"Hasil daripada perbincangan mesyuarat telah bersetuju supaya kadar caj tempat letak kereta sejam dinaikkan 20 sen iaitu daripada kadar lama 40 sen kepada 60 sen sejam," lapor kenyataan itu.

Selain itu, usul untuk menaikkan kadar caj tempat letak kereta sejam ini kemudiannya telah dibawa dan dibentangkan serta diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Kali Kelima 2013 (5/2013) yang telah bersidang pada 29 Mei lalu.  

"Justeru, ketetapan untuk menaikkan kadar caj tempat letak kereta sejam ini diambil berdasarkan kadar caj ini telah digunapakai sejak 15 tahun lalu dan dalam tempoh tersebut pihak MBSA tidak pernah menaikkan kadar caj tersebut. Kadar caj yang dikenakan ini juga amat rendah dan tidak sesuai dengan keadaan semasa," memetik kenyataan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana