Masa depan PAS cerah jika Husam jadi presiden...Alahaiii... Zaid Ibrahim Agak Agak Lah Pun

SHAH ALAM: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berpendapat masa depan PAS akan lebih cerah sekiranya dipimpin oleh naib presiden parti itu Datuk Husam Musa.

Ini kerana, kata beliau, majoriti penyokong PAS sekarang terdiri daripada golongan muda dan berdasarkan pemerhatian beliau, Husam adalah pemimpin paling digemari oleh golongan itu.

Menurut Zaid yang juga pernah bersama PKR dan Pakatan Rakyat, PAS kini yang dipimpin oleh golongan 'veteran' perlu melakukan pendekatan berbeza sekiranya mahu menarik minat penyokong majoritinya.

"Saya nampak orang-orang muda yang penyokong PAS, masa depannya (PAS) terdiri daripada golongan ini. Saya nampak pemimpin yang mereka minat dan dapat ikut ialah Husam.

"Jadi saya rasa untuk generasi akan datang, pemimpin macam beliaulah yang lebih memikirkan masalah-masalah negara.

"Kumpulan (pemimpin) yang tua-tua atau ulama banyak kepada dosa pahala. Jadi saya rasa pendekatan PAS perlu berbeza. Itu saja," kata beliau kepada Antarapos setelah diminta mengulas dalam Twitternya pagi tadi.

Beliau sebelum ini menulis 'Saya fikir masa depan Pakatan bergantung di mana Husam Musa ditempatkan'.

Tambah Zaid, Husam mempunyai kredibiliti dan ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin, terutama dalam mendekati generasi muda.

"Jadi (PAS) perlu dipimpin oleh orang yang ada pendirian, cara-cara yang lebih relevan macam Husam," katanya.

Husam ketika ini berdepan dengan pelbagai masalah dan dianggap semakin terpinggir dari arus perdana perjuangan PAS apabila tidak dilantik sebagai exco kerajaan negeri Kelantan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat memilih untuk berundur dari jawatan menteri besar.

Ada pihak cuba mengaitkan dirinya dengan tidak mendapat perkenan Sultan Kelantan tetapi Husam tangkas menafikannya dan meminta semua pihak tidak mengheret istana Kelantan dalam kemelut politik negeri itu.

Terbaru, pelbagai pihak membidasnya kerana mengeluarkan 'fatwa' sendiri, dengan mengatakan bahawa mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 bagi membantah penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu adalah mati syahid.

Ketika diminta mengulas mengenai isu itu, Zaid beranggapan kenyataan itu 'tidak pelik' dan sinonim dengan parti Islam tersebut.

"Dalam perjuangan mesti ada risiko. Itu maksud beliau (Husam).

"Itu cara orang Islam, orang PAS bercakap. Dia selalu guna perkataan, pendekatan begitu. Maksudnya perjuangan mesti ada risikonya. Macam itulah maksudnya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana