Marah benar puak-puak Pakatan Haram yang berhimpun di Padang Merbok apabila laporan media menyifatkan himpunan itu sebagai gagal sepenuhnya.


Seperti biasa, kemarahan mereka itu sudah tentu “diserikan” dengan carutan dan maki hamun.

Mereka cuba menegakkan benang yang basah apabila menyatakan bahawa himpunan semalam sangat berjaya dan membuahkan hasil. Namun apabila ditanya tentang hasil yang mereka dapat, mereka kelu seribu bahasa…

Kata mereka, lebih dari 50,000 orang peserta dari seluruh negara menghadiri himpunan Black505 semalam. Walaupun hakikat sebenar jumlah kehadiran mereka itu tidak mencecah 10,000 orang pun, mereka tetap dengan angka mereka.

Biasalah. Mana mungkin mereka akui kegagalan sendiri. Mereka takkan berani menelan “pahit” hakikat kebenaran…

Mereka mengarahkan kemarahan mereka kepada pihak berkuasa yang menganggap himpunan itu sebagai himpunan haram. Kata mereka, himpunan itu adalah himpunan aman yang sah dari sudut undang-undang dan akta Himpunan Aman yang baru digubal kerajaan.

Anda percaya dengan kenyataan itu? Himpunan semalam boleh disifatkan sebagai “Himpunan Aman” yang sejajar dengan akta tersebut? Benarkah begitu?

Akta Himpunan Aman yang disepakati dengan para pemimpin pembangkang sebelum ini menggariskan bahawa seseorang yang tidak cukup umur 21 tahun tidak layak untuk menjadi penganjur.

Khalid Ismath, Adam Adli dan kumpulan “mahasewel” yang sebok himpunkan orang itu semua cukup umur, kah?

Akta itu juga menetapkan bahawa kanak-kanak dan remaja yang berumur di bawah 15 tahun tidak dibenarkan sama sekali menyertai himpunan yang dianjurkan dan sekiranya undang-undang ini dilanggar maka mereka boleh disabit kesalahan dengan hukuman denda sehingga RM20,000.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana