Mana lesap peralatan baiki lif di Flat Taman Permai Indah...?

Sekumpulan penduduk Flat Taman Permai Indah, Pandamaran Jaya Pelabuhan Klang semalam membuat laporan polis dalam usaha mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap kehilangan peralatan membaiki lif di kediaman mereka yang bernilai RM1.5 juta.

Wakil persatuan penduduk, A. Prakash berkata, tindakan itu terpaksa diambil kerana pelbagai usaha penduduk di 524 unit pangsapuri terbabit, termasuk cuba menghantar notis kepada Khalid dan kerajaan negeri sejak kejadian tersebut berlaku pada 2010, tidak mendapat maklum balas sehingga sekarang.

“Justeru, kami mahu polis menyiasat kehilangan peralatan membaiki lif bernilai RM1.5 juta.

“Kami dapat tahu kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan itu untuk membaiki kerosakan lapan lif di empat blok flat 11 tingkat ini.

“Malangnya kami dimaklumkan oleh Badan Pengurusan Bersama flat ini bahawa peralatan itu telah hilang,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pandamaran pada Ahad.-9/6/2013

Sekumpulan penduduk Flat Taman Permai Indah, Pandamaran Jaya Pelabuhan Klang semalam membuat laporan polis dalam usaha mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap kehilangan peralatan membaiki lif di kediaman mereka yang bernilai RM1.5 juta.

Wakil persatuan penduduk, A. Prakash berkata, tindakan itu terpaksa diambil kerana pelbagai usaha penduduk di 524 unit pangsapuri terbabit, termasuk cuba menghantar notis kepada Abdul Khalid dan kerajaan negeri sejak kejadian tersebut berlaku pada 2010, tidak mendapat maklum balas sehingga sekarang.

“Justeru, kami mahu polis menyiasat kehilangan peralatan membaiki lif bernilai RM1.5 juta.

“Kami dapat tahu kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan itu untuk membaiki kerosakan lapan lif di empat blok flat 11 tingkat ini.

“Malangnya kami dimaklumkan oleh Badan Pengurusan Bersama flat ini bahawa peralatan itu telah hilang,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pandamaran pada Ahad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana