Lawak bertaraf longkang -Tuduh PRU 13 Tipu, Tapi Calonkan Speaker Dewan Rakyat


Meskipun sebelum ini tidak mengiktiraf keputusan Pilihanraya Umum

ke-13 (PRU 13) dan mengancam mahu
memboikot parlimen, namun Ketua Umum
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini masih
sempat mencalonkan Yang Dipertua Dewan
Rakyat yang baharu yang bakal bersidang pada
24 Jun ini.
Dalam kenyataannya lewat petang ini, Anwar
dilaporkan Malaysiakini mencadangkan Datuk
Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua
Dewan Rakyat jawatan yang kini dipegang oleh
Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
“Datuk Abdul Kadir memenuhi semua kriteria
yg selayaknya sebagai Yang Dipertua. Beliau
telah menabur bakti kepada negara selama
lebih 50 tahun dalam pelbagai jabatan,
kementerian, negeri, suruhanjaya, kehakiman
dan Majlis DiRaja Negeri.
“Satu pemberitahu bersurat mengenai
penamaan itu telah dikemukakan kepada
Setiausaha Dewan Rakyat mengikut kehendak
Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan
Rakyat 4(1).
“Pakatan bertegas bahawa Yang di-Pertua
Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan
seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti,
berwibawa dan berkelayakan untuk
berkhidmat,” kata Anwar dalam kenyataan itu.
Berkemungkinan besar, langkah mencalon dan
melobi speaker baru itu bermaksud tanda-
tanda awal Anwar akan mengiktiraf keputusan
PRU 13 dan bersedia menjadi Ketua
Pembangkang parlimen ke-13
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
dilaporkan roketkini hari ini berkata, DAP amat
terkejut dengan ugutan Speaker Dewan Rakyat,
Pandikar Amin Mulia yang mahu memboikot
parlimen ekoran ahli parlimen pakatan
memboikot majlis taklimat yang dianjurkan
pihaknya.
Katanya, mengikut Perkara 59(2) Perlembagaan
Persekutuan, mana-mana wakil rakyat yang
gagal mengangkat sumpah dalam masa enam
bulan akan hilang kelayakan secara automatik
dan kerusi mereka akan dikosongkan.
“Sangat tidak sesuai bagi seorang Speaker dan
beliau tidak ada hak untuk memboikot mana-
mana Ahli Parlimen atau dengan sengaja
menyebabkan seseorang hilang kelayakan
dengan memboikot atau enggan menerima
angkat sumpah.
“Saya harap ini hanya gurauan Tan Sri
Pandikar, jika tidak pasti timbul kesangsian
yang amat serius terhadap niat dan sikap tidak
berpihak apabila beliau mempengerusikan
sidang Parlimen nanti,” katanya dalam
kenyataan media, hari ini.
Guan Eng turut menegaskan, kesemua 38 Ahli
Parlimen DAP tidak akan memboikot majlis
angkat sumpah Dewan Rakyat tersebut.
Anwar sebelum ini menuduh berlaku ‘penipuan’
PRU 13 sebagai justifikasi dirinya untuk
menganjurkan perhimpunan ‘blackout 505′.
Namun apabila dibuktikan kejadian ‘blackout’
tidak wujud, perhimpunan itu ditukar nama
kepada ‘black 505.’
Kemudian, Anwar mengusulkan pula
pemboikotan parlimen , namun idea itu tidak
dipersetujui oleh rakan sekutunya, DAP dan
Pas.
Malah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin
turut tidak bersetuju dengan langkah
pemboikotan parlimen itu.
“Pada pendapat saya, kita harus menghadiri
majlis angkat sumpah kerana hanya selepas kita
mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen,
baru kita boleh berada di dalam Dewan,”
katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR,
Rabu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana