Lagi Zuraida dedah MB belakangkan PKR lagi


PETALING JAYA: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata beliau serta pemimpin lain tidak dimaklumkan berhubung pelantikan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai seranta politik negeri Selangor.

"Kepimpinan daripada pihak negeri, (setakat ini) kami tidak menerima sebarang maklumat rasmi mengenai perkara ini, serta skop kerja yang akan dilakukan oleh beliau.

"Kami akan berbincang dan tengok apa yang patut," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, semasa Kongres Nasional ke-9 PKR, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penutupnya mengumumkan Datuk Saifuddin Nasution akan diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan “perhubungan politik” yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat.

Terdahulu dalam majlis yang sama, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui kelemahan tidak bijak dalam berpolitik, justeru mengumumkan penubuhan satu “perhubungan olitical liaison” di pejabat menteri besar.

Walaupun Abdul Khalid dilantik sebagai menteri besar untuk penggal kedua, kontroversi tercetus apabila Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali difahamkan turut mahukan jawatan itu.

Menteri besar Selangor itu berkata penubuhan “political liaison” akan mengendalikan hal ehwal politik dalam negeri dan mereka yang dilantik akan terdiri daripada individu yang pakar dalam lapangan tersebut.

Bagaimanapun Zuraida berkata PKR serta kepimpinan lain mengalu-alukan pelantikan tersebut jika benar ia dibuat demi kepentingan urusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

"Kami mengalukan demi kebaikan kerajaan negeri milik Pakatan Rakyat.

"Kami akan beri sepenuh kerjasama," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana