Kurung 24 petugas SPR: Idris beri Rafizi amaran...Jangan Bagi Muka SAngat KEpada Balaci ANWAR ni

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh sekali lagi menegaskan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengarah strategi PKR Rafizi Ramli atas dakwaan menyebarkan kenyataan berhubung 24 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikurung bagi memangkah kertas undi di Parlimen Besut dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Malah, menurut Idris beliau tidak akan teragak-agak untuk mengheret Rafizi ke muka pengadilan jika pihak pembangkang sekali lagi membangkitkan perkara terbabit.

"Saya cakap kepada dia (Rafizi), kalau dia berani keluarkan tuduhan itu lagi, saya akan heret dia ke mahkamah.

"Orang sebegini perlu diberikan pengajaran, kalau dia cakap lagi memang saya akan panjangkan perkara ini ke mahkamah,"  katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Idris berkata tindakan tersebut dibuat bagi memastikan tuduhan yang boleh merosakkan imej beliau selaku Ahli Parlimen Besut itu tidak dicemarkan secara sesuka hati.

"Saya tahu integriti saya, dan saya tak suka orang kerap bertanya serta membuat fitnah kepada saya, saya tidak akan bertoleransi dalam hal sebegini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana