Kita berdepan dengan pembohong bertaraf dunia

Situasi selepas PRU13 berbeza daripada dua belas pilihan raya sebelum ini atas satu sebab. Perhimpunan diadakan di beberapa tempat di Semenanjung untuk menentang keputusan PRU-13 kerana kononnya penipuan besar-besaran dilakukan" oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Barisan Nasional (BN).

Setakat ini pemimpin-pemimpin pembangkang tertentu yang membuat tuduhan ini gagal mengemukakan sebarang bukti yang kukuh.

Setiap tuduhan liar yang direka - dari 40,000 rakyat Bangladesh yang diterbangkan ke Malaysia sebagai "pengundi hantu" ke peristiwa blackout di Bentong - hanya mengesahkan bahawa kita berdepan dengan pembohong-pembohong bertaraf dunia.

SPR serta beberapa pakar undang-undang telah berulang kali menekankan bahawa sekiranya pembangkang memiliki bukti tentang penipuan di mana-mana kawasan pilihan raya, di peringkat negeri mahupun di peringkat Parlimen, petisyen boleh dikemukakan di mahkamah seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Ini adalah saluran undang-undang yang digunapakai sejak Pilihan Raya Umum Pertama pada 1959. Sekiranya ada cara tertib berdasarkan Perlembagaan untuk menyelesaikan isu-isu pilihan raya, kenapa sebahagian daripada pembangkang terus memprotes?

Jelas bahawa protes merupakan agenda ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mencapai cita-cita besar beliau iaitu, menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau berharap bahawa siri perhimpunan akan menjejas kredibiliti kerajaan BN dan ini mungkin dapat memujuk beberapa ahli parlimen BN melompat masuk pakatan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana