Khalid: Lantik Saifuddin hak negeri...Angkuhnya

SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Selangor tidak perlu memberi penjelasan berhubung pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar kepada mana-mana pihak, seperti yang disuarakan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Isnin lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kerajaan negeri mempunyai kuasa melantik mana-mana individu yang layak untuk membantu menjayakan program kebajikan dan pembangunan luar bandar seperti mana yang termaktub dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor pada PRU13, 5 Mei lalu.

"Tak payah bincang (perjelas) apa yang dilakukan kerajaan negeri untuk mencari cari individu yang punyai keupayaan untuk laksanakan manifesto yang telah kita bentangkan dalam PRU13 lalu," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Selangor, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Azmin Ali yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor, mendesak kerajaan negeri supaya memberikan penjelasan tentang pelantikan jawatan itu yang dikatakan setara dengan jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar.

Menurut Azmin, pelantikan itu juga merupakan satu pembaziran wang rakyat susulan jawatan sama telah dijalankan sebelum ini oleh Faekah Husin.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Saifuddin bersama pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) minggu depan bagi
membincangkan pembangunan luar bandar yang akan diterajui Setiausaha Agung PKR itu.

Selain itu katanya, isu tuntutan PAS dan DAP terhadap jawatan yang setara dengan Saifuddin turut akan dibincangkan dalam pertemuan itu.

Mengenai jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim di negeri itu, katanya beliau masih kekal sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana