Khairy : Jerebu Perlu Ditangani Bersama

Kerajaan perlu berdiri teguh bersama negara jiran terutama di Republik Indonesia bagi menangani fenomena jerebu buruk yang mengancam kehidupan seluruh warganegara.Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan Indonesia perlu tegas dalam soal ini dan harus menanganinya agar krisis ini tidak akan berulang pada masa akan datang."Sehubungan itu, PPUM akan menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Indonesia pada hari ini untuk menyarankan Kerajaan Republik Indonesia mengambil langkah segera bagi menangani isu jerebu ini.PPUM berpendapat Kerajaan Republik Indonesia perlu bertindak tegas dalam hal ini, demi semangat kejiranan, toleransi dan kerjasama di antara negara-negara rantau Asia Tenggara," katanya menerusi sebuah kenyataan kepada media hari ini.Jelas Khairy, Malaysia bersedia untuk membantu Indonesia mengatasi masalah jerebu demi keuntungan bersama."Kerajaan Malaysia telahpun menyatakan kesediaan untuk membantu Kerajaan Republik Indonesia dalam menyelesaikan masalah jerebu ini," katanya.Serentak dengan itu, beliau menggesa agar semua umat Islam mendirikan solat hajat dan berdoa agar krisis yang melanda rantau ini dapat diatasi dengan kadar segera."PPUM juga akan menganjurkan Majlis Solat Sunat Istisqa (solat memohon hujan) di Surau Ar-Rahman, Putra World Trade Centre pada 25 Jun 2013 bagi mendoakan keselamatan negara serta rakyat dalam menghadapi masalah jerebu ini," ujarnya lagi.Sebagai langkah keselamatan, Khairy menasihati agar masyarakat Malaysia menggunakan topeng muka (face mask) sekiranya berurusan diluar premis bagi memastikan kesihatan terjamin."Rangkaian PPUM akan mengedar dan mengagihkan topeng muka secara percuma kepada rakyat, terutamanya di kawasan-kawasan yang terjejas teruk dengan fenomena jerebu ini," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana