Kesabaran Yang Dipertua DUN Terengganu Diuji Wakil Rakyat Pembangkang

KUALA TERENGGANU: Baru sahaja dilantik dua hari lepas namun kesabaran dan kewibawaan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mohd Zubir Embong diuji wakil rakyat pembangkang pada sidang dewan Selasa dengan cara membelakangkan arahan beliau.

Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Persidangan DUN ke-13 pada Selasa kecoh di sebelah pagi apabila beberapa wakil rakyat pembangkang membangkitkan mengenai implikasi besar bakal dihadapi berhubung pembangunan semula Pasar Besar Kedai Payang untuk dijadikan projek mega hotel oleh kerajaan negeri.

Kekecohan bermula apabila Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk)yang secara terang-terangan membelakangkan arahan dan mencelah dengan membahaskan perkara itu walaupun Mohd Zubir mengumumkan penangguhan bagi sesi rehat.

Beliau berkata usul khas itu dibentangkannya untuk kepentingan umum dan perlu disegerakan serta dibahaskan.

Meskipun Adun Batu Buruk itu berkali-kali diminta menghentikan hujahnya yang melewati lebih lima minit, serta dicelah beberapa wakil rakyat PAS lain, termasuk Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam), namun beliau terus bangun dan bercakap walaupun pihak pengurusan mematikan alat pembesar suara di dalam dewan bagi menenangkan keadaan.

Mohd Zubir akhirnya berjaya mengawal keadaan selepas puas melontarkan nasihat dan menangguhkan sesi dewan sebelah pagi yang disambung semula selepas rehat setengah jam kemudian.

Bagaimanapun setelah sidang DUN disambung, beliau melucutkan perbahasan Adun Batu Buruk itu kerana ia bukan merupakan usul yang perlu disegerakan.

Mohd Zubir, bekas Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum ke-13 tetapi kalah kepada calon PAS Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu Ahad lepas.

Terdahulu, pihak pembangkang menerusi Mohd Abdul Wahid mempertikaikan ketiadaan jawatan Exco Agama dalam kerajaan BN di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Ahmad lantas bangun memberitahu dewan bahawa walaupun tidak disebut portfolio Agama Islam tetapi Exco berkaitan perkara itu ada iaitu di bawah Exco Tugas-tugas Khas seperti juga di peringkat Persekutuan iaitu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Ghazali Taib (BN-Ajil) sebelum itu bangun memberitahu dewan bahawa beliau adalah Exco yang menjalankan tugas berkaitan hal ehwal agama Islam bagi menjawab soalan dikemukakan Adun Wakaf Mempelam itu. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana