Kes Saman Anwar : Mahkamah Benarkan Khairy Bela Diri

PUTRAJAYA 21 Jun - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dibenarkan membela dirinya sendiri dalam saman fitnah RM100 juta yang dikemukakan terhadapnya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini berikutan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamed Apandi Ali, sebulat suara membenarkan rayuan Ketua Pemuda Umno itu untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menghalang beliau daripada membela dirinya sendiri dalam saman sivil itu.

Apandi, yang bersidang bersama-sama Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, berkata berdasarkan fakta dan keadaan kes itu, mahkamah tidak dapat mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi itu.

Panel memerintahkan perbicaraan dijalankan di hadapan hakim yang lain.

Beliau berkata intipati kes ialah Khairy telah gagal mematuhi arahan Mahkamah Tinggi yang dikeluarkan semasa pengurusan kes supaya memfailkan beberapa dokumen seperti senarai saksi dan ringkasan kes, dan meneliti isu-isu kes itu.

Apandi berkata berdasarkan prosiding kes, ia tidak menunjukkan kepada panel mengenai bagaimana kegagalan pihak pembelaan mematuhi arhan itu telah menyebabkan kelewatan perbicaraan.

"Kami perlu ingatkan semua orang termasuk diri kami sendiri bahawa kami tidak akan membiarkan ketidakpatuhan kepada mana-mana perintah," kata Apandi.

Bagaimanapun, dalam kes ini, mengeluarkan perintah yang tidak jelas daripada segi terma, boleh menimbulkan keadaan tidak munasabah.

Beliau berkata hakim sepatutnya mengeluarkan perintah untuk menolak pembelaan Khairy tetapi sebaliknya telah mengeluarkan perintah berlainan.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman selepas mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan perkataan berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan di laman web termasuk Malaysiakini.com.

Anwar juga mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi kata-kata yang diucapkan Khairy pada satu ceramah di Lembah Pantai pada atau kira-kira 20 Feb 2008.

Khairy, dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 8 Okt, 2010, berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.

Pada 13 Ogos, 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng mengeluarkan perintah menghalang Khairy daripada membela dirinya sendiri kerana peguam yang mewakili Khairy tidak mematuhi arahan mahkamah semasa pengurusan kes untuk pihak-pihak memfailkan beberapa dokumen yang sepatutnya diserahkan kepada mahkamah sebelum perbicaraan.

Pada 26 Nov tahun lepas, Hakim Hue menolak permohonan Khairy untuk membatalkan perintahnya menghalang Khairy daripada membela dirinya sendiri dalam saman itu.

Beliau mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Khairy diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala Anwar diwakili Datuk Sulaiman Abdullah

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana