Kerajaan Selangor Buat Keputusan Ganti Kenderaan Rasmi

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu mengumumkan kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menggantikan kesemua kenderaan rasmi anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang telah digunakan sejak lima tahun lepas.

Beliau berkata, kenderaan rasmi sedia ada itu akan dijual semula bagi digantikan dengan kenderaan baru untuk kesemua anggota exco termasuk Menteri Besar.

"Kereta itu kita telah guna selama lima tahun dan kita fikir ia perlu diganti dengan yang baru.

"Kita akan maklumkan butiran pembelian termasuk kos kesemua kereta yang akan dibeli kemudian," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri di sini, Rabu.

Pada 2004, kerajaan Selangor memilih Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanannya kerana harganya dianggap berpatutan dengan kos penyelenggaraan yang tidak tinggi.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, pihaknya juga telah mengarahkan kesemuabarisan exco negeri mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh terdekat ini.

Katanya, pengisytiharan itu termasuk penambahan aset semasa exco terbabit menerajui kepimpinan Selangor. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana