Kerajaan akan bertindak tegas pertahan institusi penting negara: Muhyiddin

Rakyat menyampaikan mesej yang jelas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu bahawa mereka mahukan kerajaan bertindak lebih tegas dan berani mempertahan institusi-institusi penting negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah penting untuk memastikan institusi yang selama ini telah kerajaan wujudkan untuk menjaga pembangunan, keharmonian, perpaduan dan keselamatan negara tidak diancam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Saya dapat mesej yang jelas sewaktu pertemuan bersama pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat, kini kerajaan yang memerintah mesti lebih efektif, cekap, berani serta bersedia hadapi apa sahaja di hadapan.

"Jangan biarkan puak-puak yang tidak bertanggungjawab mengganggu-gugat keamanan dan perpaduan. Mereka (rakyat) mahukan kerajaan lebih berani.

"Saya nak ulangi, kita akan bertindak lebih tegas mempertahan segala institusi yang telah dibina untuk menjaga pembangunan, keharmonian, perpaduan, keselamatan dan keamanan negara," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana