Keputusan naikkan tambang bas ekspres dibatal...Inilah Rakyat Mahukan KEtegasan KErajaan

SUNGAI SIPUT: Kerajaan mahu Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) yang bercadang menaikkan kadar tambang bas ekspres sehingga 30 peratus supaya membatalkan keputusan itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek, berkata persatuan dan syarikat bas perlu mengkaji semula keputusan mereka dan mengekalkan kadar biasa atau pengguna boleh menggunakan kuasa mereka untuk memboikot perkhidmatan berkenaan.

"Jika boleh, kita (pengguna) boikot jangan naik bas itu kerana ini satu kenaikan tambang yang begitu mendadak dan keputusan ini hanya memikirkan keuntungan pada syarikat sahaja tanpa memikirkan soal kebajikan dan keselesaan pengguna.

"Jika pengguna memboikot nanti mereka sendiri yang rugi nanti, jadi saya minta syarikat jangan memikirkan keuntungan sendiri sahaja kerana selama ini pun kita (kerajaan) sudah bantu macam-macam dalam konteks pengangkutan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Mesyuarat Agung Tahunan Ke-48 Koperasi Kemajuan Tanah Perak Bhd (KKTPB) di Pusat Pentadbiran Ladang KKTPB di Kampung Batu 3, Lintang, di sini, hari ini.

Hasan mengulas keputusan PMBOA yang kekal dengan pendirian untuk menaikkan tambang bas ekspres sebanyak 30 peratus, walaupun ada pihak menyifatkannya sebagai terlalu tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana