Kemajuan Malaysia Jadi Bukti UMNO Bukan Parti Rasis

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ahli Parlimen Pendang, Datuk Osman Abdul membidas mana-mana pihak yang melemparkan tuduhan kononnya UMNO adalah parti yang rasis dan berterusan mahu memecah-belahkan rakyat negara ini mengikut kaum demi memelihara kekuasaan dalam kepimpinan tertingginya.
Katanya, sudah banyak bukti yang ditunjukkan oleh Presiden parti yang juga Perdana Menteri sejak yang pertama hinggalah kini bahawa UMNO bukan rasis sebaliknya sentiasa mengutamakan kepentingan bersama.

“UMNO tidak pernah rasis walaupun ia adalah parti yang ditunjangi oleh orang-orang Melayu dan menjadi teras dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) namun para pemimpinnya tidak pernah pun menyuarakan isu-isu sensitif yang boleh menggugat permuafakatan bersama,” katanya kepada UMNO-Online.

Tegas beliau, UMNO yang ditubuhkan sejak 1946 menjadi pelopor dalam kemerdekaan dan Presidennya adalah Perdana Menteri tetapi kepimpinnya sentiasa membuktikan bahawa UMNO bersifat memahami dan bertolak ansur.

“Kalau kita rasis kita tidak boleh memimpin negara ini kerana selama hampir 55 tahun dan selepas merdeka kita masih mengekalkan konsep perkongsian kuasa dengan tidak pernah mengenepikan mana-mana kaum di negara sama ada dari aspek agama, kebudayaan, bahasa dan macam-macam lagi.”

Ujar beliau, sikap pemimpin dalam UMNO yang bersama-sama membentuk kerajaan dengan parti-parti kompenan lain dalam BN adalah bukti nyata bahawa UMNO bukan bersifat perkauman.

“Sehingga hari ini, biarpun kita telah membuktikan kepimpinan kita dengan membawa kemajuan dan kejayaan kepada Malaysia, kita tidak pernah terfikir sekalipun untuk menubuhkan kerajaan sendiri walaupun asas perjuangan UMNO adalah berteraskan kepada kebangsaan Melayu.

“Ini kerana para pemimpin kita sedar dan tahu bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, hidup rukun dalam masyarakat majmuk dan berpegang teguh kepada konsep demokrasi berparlimen sebagai tunjang utama.”

Katanya lagi, parti yang rasis adalah parti yang bangun dalam masa ditubuhkan dengan memijak parti lain yang tidak sehaluan dengan mereka sedangkan UMNO tidak bersifat sedemikian sebaliknya mendang jauh ke hadapan dengan melihat keseluruhan masyarakat untuk sebuah negara maju.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana