Keluarga Perlu Saman Pemaju

KUALA LUMPUR : Keluarga mangsa tragedi  runtuhan tanjak penyambung susur keluar  Jambatan Kedua Pulau Pinang, Allahyarham  Tajudin Zainal Abidin boleh menyaman pihak  pemaju dan kontraktor projek tersebut akibat  kecuaian pihak tersebut.

Keluarga mangsa turut layak membuat tuntutan  insurans berdasarkan polisi  dipersetujui mereka  sebelum ini memandangkan tragedi tersebut tidak  melibatkan bencana alam tetapi kemalangan yang  tidak dapat dielakkan.

Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam)  yang juga Pengerusi Khairul Group, Datuk Khairul  Anwar Rahmat berkata, tuntutan tersebut perlu  kerana nilai pampasan sebanyak RM10,000 jelas  tidak memadai untuk keluarga tersebut.

Menurutnya, keluarga mangsa layak memperoleh  ganti rugi teladan, nyawa, keluarga yang  ditinggalkan serta pendapatan jika Tajudin masih  hidup.

“Siasatan perlu dibuat iaitu apakah pemaju dan  kontraktor projek tersebut telah menjalankan  segala tindakan munasabah bagi mempastikan  perkara ini tidak berlaku serta adakah Prosedur  Operasi Standard (SOP) mengikut piawai   ditetapkan.

“Jika terbukti terdapat elemen kecuaian dan  mangsa mati atas sebab tersebut, maka perkara  ini tidak boleh dipandang remeh oleh semua  pihak,”ujarnya.

Dalam kejadian lewat petang Khamis lalu, mayat  Tajudin berjaya dibawa keluar oleh pasukan  penyelamat pukul 8.45 malam keesokan harinya  setelah ditemui berada di tempat duduk pemandu  dan dalam keadaan terlangkup di atas papan  pemuka kereta jenis Perodua Kelisa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana