Kedudukan Najib tak gugat sekalipun ada cabaran

SHAH ALAM: Kedudukan Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri mahupun presiden Umno tidak akan tergugat sekalipun ada pihak yang cuba mencabar beliau pada pemilihan jawatan parti hujung tahun ini mahupun membuat usul undi tidak percaya terhadap dirinya.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) di Malaysia, Datuk Prof Dr Zainal Kling berkata kedudukan Najib sebaliknya akan menjadi lebih kukuh apabila ahli Umno dan rakyat terus menyatakan sokongan kepada kepimpinannya yang dilihat lebih berani berdepan dengan cabaran mendatang.

"Saya ingat Datuk Seri Najib Razak sendiri agak yakin secara peribadi untuk membentuk semula kaedah pilihan raya di dalam Umno.

"Umno dengan lebih luas pemilihannya di bahagian cawangan-cawangan, jadi barangkali beliau sendiri sudah jangkakan dan bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabarannya dan kalau Tengku Razaleigh sendiri mahu mencabarnya, saya kira tidak mempunyai masalah," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zainal berkata demikian sebagai mengulas spekulasi yang tersebar luas mengatakan pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah sedang merayu undi sokongan terutama di kalangan pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mencabar Najib.

Spekulasi itu juga mendakwa Razaleigh telah bertemu dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak untuk menerokai sebarang kemungkinan yang membolehkan beliau mencabar Najib sama ada sebagai perdana menteri mahupun sebagai presiden Umno.

Razaleigh didakwa bertemu dengan 17 Ahli Parlimen.

Seramai 146,500 perwakilan Umno daripada 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana