Keanehan sikap pembangkang

Sikap pembangkang ini agak aneh. Pada satu segi ia menganggap SPR tidak berkesan dan gagal menguruskan pilihan raya umum yang telus dan adil. Sebab itu mereka menggalakkan rakyat keluar memprotes.

Namun jika pembangkang komited mahu membuktikan bahawa penipuan skala besar-besaran benar berlaku dalam PRU-13 lalu, apa perlu mereka yang menang pilihan raya lalu cukup ghairah pula untuk menghadiri upacara angkat sumpah esok?

Menyertai majlis angkat sumpah bererti mereka menerima keputusan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR. Jika mereka masih kurang berpuas hati, undang-undang mengizinkan mereka membuat protes rasmi melalui petisyen pilihan raya.

Langkah itu juga sudah mereka ambil. Lebih 50 petisyen dibuat memprotes apa yang mereka dakwa sebagai penipuan SPR. Malah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad yang juga ahli Parlimen Shah Alam, mengumumkan di Padang Merbok semalam bahawa jika tidak kerana penipuan SPR, Pakatan Rakyat sudah memerintah hari ini.

Lantas apa yang sewajarnya dituntut oleh pihak pembangkang ialah supaya pilihan raya umum diadakan semula. Namun yang agak mengelirukan ialah apabila sesuatu keputusan pilihan raya memihak kepada mereka, pembangkang tidak mahu melepaskan kemenangan yang mereka capai.

Apakah jika pemilihan semula diadakan, pembangkang bimbang kemenangan yang mereka rangkul 5 Mei lalu itu akan terlepas dari genggaman?

Namun apabila diisytiharkan menang di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, pihak pembangkang tidak pula bertangguh mengadakan majlis angkat sumpah dan mengisytiharkan barisan ahli mesyuarat negeri masing-masing.

Justeru apakah matlamat tindakan pembangkang ini selain ia adalah manifestasi pihak yang kurang budiman yang cuba menonjolkan pelbagai alasan mengapa mereka kalah dalam PRU-13 lalu!

Sebenarnya pemimpin-pemimpin pembangkang sendiri kini masih keliru dengan apakah peranan dan tugas hakiki mereka dalam sistem demokrasi. Sebab itu apabila beberapa pihak tertentu di kalangan mereka mahu menggunakan protes jalanan bagi menjatuhkan kerajaan, ada di kalangan mereka yang tidak menyokong.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana