Karenah birokrasi MB Selangor punca masalah berterusan...Aik Berkokok Nampaknya

PETALING JAYA: Belum pun sebulan isu pelantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor reda, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin terus menyelar pemimpin partinya itu.

Kali ini, Zuraida yang juga adalah timbalan pengerusi perhubungan PKR Selangor mendakwa karenah birokrasi kerajaan negeri yang diterajui Khalid menyebabkan urusan penyaluran dana dalam menyelesaikan masalah rakyat terbantut.

Katanya, beberapa masalah rakyat yang dikenal pasti terbengkalai lantaran kelewatan maklum balas daripada pihak kerajaan negeri.

"Kami berharap kerajaan negeri dapat meningkatkan komunikasi untuk mendapatkan maklum balas dengan ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN), dan juga Ahli Majlis di Selangor.

"Polisi dan dasar yang digubal oleh kerajaan negeri hendaklah selari dengan keperluan rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Antara masalah tersebut adalah isu air, sampah (kekerapan dan kapasiti pengutipan), pembersihan kawasan awam dan longkang, jalan berlubang serta masalah lampu jalan.

Selain itu Zuraida yang juga adalah ahli Parlimen Ampang turut meminta kerajaan negeri menyemak kembali dana terkumpul berjumlah RM2.6 bilion dan lebih teliti dalam menyalurkan dana berkenaan.

Tambah beliau geran Selangorku masih banyak belum digunakan meskipun banyak permohonan untuk program pembangunan anak muda dan pembinaan pusat komuniti telah dikemukakan.

"Saya akan majukan permohonan-permohonan yang telah saya kemukakan pada penggal lalu buat kali kedua untuk dipertimbangkan melalui geran Selangorku yang saya percaya masih banyak bakinya.

"Separuh dari permohonan adalah untuk pembangunan anak muda dan pembinaan membina pusat-pusat komuniti, gerai-gerai dan pusat riadah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana