KABINET BAYANGAN: PAKATAN TAKUT SAHUT CABARAN!!!

Pakatan Rakyat (PR) menyambut baik cadangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker) Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya penubuhan "Kabinet Bayangan" tetapi menyifatkan ia tidak berguna selagi tiada perkongsian maklumat dengan kementerian-kementerian dalam kerajaan.....Dalam ucapan pemasyhuran semalam, Pandikar memberikan amanat kepada ahli-ahli Parlimen supaya berubah dan langkah tersebut boleh dimulakan dengan penubuhan "kabinet bayangan" bagi memudahkan proses perdebatan dalam sidang Dewan Rakyat.Tidak ada perkongsian maklumat, kami tidak diberi maklumat dan boleh memperolehnya menerusi pertanyaan soalan di dalam Dewan Rakyat sahaja.

"Jadi, macam mana nak jadi menteri dalam 'Kabinet Bayangan' yang berkesan?" soal ahli Parlimen Seputeh (DAP), Teresa Kok kepada The Malaysian Insider selepas selesai majlis mengangkat sumpah di Parlimen semalam.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu juga mempertikaikan layanan tidak adil yang diberikan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang oleh Putrajaya sebagai salah satu faktor cadangan Pandikar tidak akan berjaya dicapai selagi sistem tersebut tidak diubah oleh kerajaan.

"Kalau di luar negara dalam sistem mereka sangat hormat kepada MP alternatif, walaupun bukan dalam kerajaan... Bukan macam disini, peruntukan kepada MP pembangkang pun tidak ada.

"Ini salah satu contoh saja, kami dipinggirkan begitu sahaja dan tidak diberikan maklumat. So, macam mana nak mainkan peranan? So ini nanti tinggal hanya nama sahaja," katanya lagi.

Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Samad juga senada dengan Teresa kerana menyifatkan sesebuah "kabinet bayangan" sewajarnya dibekalkan dengan maklumat-maklumat daripada kementerian kerajaan kerana setiap anggota Dewan Rakyat perlu mengetahui tentang isu dan perkara yang berlaku dalam sesuatu kementerian.

"Perkara-perkara ini perlulah dilaksanakan untuk menentukan keberkesanan seorang menteri 'kabinet bayangan', kerana kalau nak bercakap tentang sesuatu isu tersebut dia juga perlu tahu tentang isu tersebut," kata Khalid mengulas tentang cadangan Pandikar.

Khalid dalam pada itu juga berkata sekiranya kementerian-kementerian tersebut enggan berkongsi maklumat, sekurang-kurangnya Putrajaya memberikan kebebasan kepada media untuk melaporkan sebarang perkembangan ataupun berita bagi memudahkan kepada menteri "kabinet bayangan" mendapat akses.

"Itulah, kalau kita nak kabinet ini efektif, sekurang-kurangnya perlulah free media lah... Kalau tidak ada free media, payahlah nak kongsi maklumat," kata Khalid lagi disamping bertegas ia lebih baik sekiranya kebebasan media diberikan dan pada masa sama kementerian memberikan maklumat kepada menteri "kabinet bayangan".

Suruh buat Kabinet Bayang pun susah. Kalau takut nak sahut cabaran tu, tak payah la nak bagi alasan yang bukan - bukan!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana