Jumpalah Obama sekalipun, hanya rakyat dan mahkamah tentukan nasib Anwar...

Marah dan kecewa kerana gagal ke Putrajaya untuk jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi macam budak-budak mengadu kegagalannya pada PRU 13  kepada orang luar.

Tindakan ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengadu kononnya berlaku ‘kecurangan’ ketika PRU 5 Mei lalu kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan bekas naib Presiden Jusuf Kalla (JK) jelas menunjukkan Anwar rupa-rupanya semakin bodoh politiknya.

Sebab itu ada pihak berpendapat Anwar semakin hilang kematangan politik kerana mengadu kepada SBY atau JF tidak akan merubah apa-apa keputusan PRU baru-baru ini kerana tidak ada negara luar akan campur tangan proses demokrasi negara lain.

Justeru itu, tepat kata Datuk Seri Shahidan Kassim, usahkan berjumpa SBY dan JK, pergilah Anwar berjumpa Presiden Amerika Barack Obama sekalipun, hanya rakyat dan mahkamah di negara ini berhak menentukan apa didakwa Ketua Umum PKR itu tentang kecurangan pada PRU lalu, benar atau sebaliknya.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, rakyat sudah memilih pada 5 Mei lalu dan bagi yang tidak puashati dengannya, petisyen sudah difailkan di mahkamah.

“Bagi saya mahkamah atau hakim yang berhak menentukan tuduhan Anwar bukannya SBY, Jusuf atau Obama sekalipun,” katanya kepada Agendadaily mengulas pertemuan Anwar dengan dua pemimpin utama Indonesia itu minggu lalu.

Memetik laporan media Indonesia, VIVAnews, Anwar membuat pengakuan itu dalam satu sidang media bersama pemberita Indonesia, beberapa hari lalu.

Anwar dilaporakan telah bertemu SBY dua hari lalu di Bali.

"Saya beritahu Presiden bahawa isu kecurangan belum selesai, tidak boleh dibiarkan begitu saja," dakwa Anwar.

Bagaimanapun kata Anwar, SBY tidak mengambil kedudukan untuk campur tangan terlalu mendalam.

"Beliau beritahu saya, ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai pilihan raya Malaysia dan juga rundingan yang berkaitan dengan 'kecurangan' tersebut," katanya.

Anwar berkata, beliau tidak akan berganjak kerana pilihan raya umum lalu beliau menang.

"Saya memenangi lebih 50 peratus dan (Datuk Seri) Najib Tun Razak kalah. Tetapi mengapa Najib yang mentadbir Malaysia?

"Oleh itu saya memberitahu JK yang saya tetap mengambil tindakan undang-undang tetapi tetap meneruskan himpunan," dakwanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana