Jumpa empat mayat terbiar...Mencabar Mendaki Gunung Everest

PUTRAJAYA 7 Jun - Penemuan empat mayat termasuk yang telah putus badan merupakan antara pengalaman dahsyat yang menghantui Mohamad Asyraf Mohd. Halim, 25, ketika dalam misi untuk menawan puncak Everest yang mencecah 8,848 meter.

Mohamad Asyraf mengakui gentar dengan penemuan mayat-mayat pendaki itu tetapi persediaan mental yang rapi sebelum ini membantunya melawan perasaan takut tersebut.

''Mayat-mayat ini dibiarkan begitu sahaja di kawasan gunung dan mereka merupakan pendaki yang cuba menawan Gunung Everest sebelum saya. Keadaannya agak ngeri kerana terdapat mayat yang tinggal separuh badan sahaja.

''Berdepan keadaan seperti ini, saya memberi fokus penuh kepada pendakian supaya perasaan takut itu tidak menjejaskan perhatian," katanya ketika ditemui pemberita di majlis penghargaan dan penyerahan insentif kepada pendaki Projek Everest 2013 di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Tujuh pendaki yang menawan Gunung Everest telah menerima insentif RM50,000 daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala anggota kumpulan sokongan dan pendaki simpanan menerima RM10,000.

Mohamad Asyraf berkata, suhu melampau pada negatif 20 celsius dan angin kencang di kawasan puncak turut mencabar kekentalan minda dan fizikal setiap pendaki Gunung Everest.

''Namun sebagai seorang pendaki, saya telah melakukan persiapan yang sangat rapi. Saya juga membaca buku dan menonton rancangan dokumentari untuk memahami keadaan sebenar bumbung dunia," katanya.

Dalam pada itu, seorang pendaki, Siti Hanisah Sharuddin, 23, berkata, sengat beku (frostbite) merupakan antara keadaan yang paling ditakuti setiap pendaki yang cuba menakluk puncak tertinggi dunia tersebut.

''Ketika berada di paras 7,900 meter, tangan saya kebas dan tidak boleh merasa apa-apa. Namun saya bersyukur kerana ia cuma kebas dan bukan sengat beku," katanya.

Tambah Siti Hanisah, beliau akan menggunakan insentif RM50,000 yang diterima untuk menghantar ayah dan ibunya untuk menunaikan umrah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana