Isu Poligami Buat Ashraf Muslim Tertekan

KUALA LUMPUR: Pelakon Ashraf Muslim mengakui kehidupannya agak tertekan dengan dugaan kontroversi yang mendakwanya akan berkahwin lagi.

Ashraf, 32, berkata, walaupun keluarga di sebelah pihaknya dan isteri Noor Dayana Lokman, 26, tahu hal sebenar, namun isu poligami itu membuatkan mereka berdepan dengan pelbagai pertanyaan daripada orang sekeliling."Kalau gosip terkena pada saya sahaja, saya sudah biasa. Tetapi apabila melibatkan keluarga ia menjadi sukar kerana keadaan menjadi berbeza.

"Kontroversi saya mahu berkahwin lain juga membuatkan saya tertekan. Alhamdulillah sebagai seorang lelaki dan suami, saya ada cara untuk mengatasi masalah ini."Saya juga kecewa dengan orang yang tak tahu apa-apa fasal kami bercakap dan menyebarkan gosip tentang kami," katanya.

Ashraf ditemui pada majlis pelancaran program-program baharu TV3 bagi siaran bulan Ramadan di restoran Al-Rawsha di sini, Selasa.Ashraf Muslim bersama isterinya.Pada pertengahan bulan lalu, Ashraf dikatakan telah ke sebuah mahkamah syariah bagi mengambil borang permohonan untuk berpoligami.

Pelakon itu berdiam diri dan enggan membuat sebarang kenyataan sehinggalah pada minggu lalu Ashraf mengakui kepada Kosmo! ada berkunjung ke mahkamah tersebut tetapi enggan mengulas lanjut tujuan dia berbuat demikian.

Tambah Ashraf mujurlah perhubungan antara dia dan keluarga mertuanya masih lagi baik apabila mereka memahami situasi Ashraf sebagai selebriti.

Dalam pada itu dia juga menyifatkan berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan lebih baik daripada menjelaskan hal sebenar dan dia percaya isunya itu lama-lama akan hilang dengan sendiri.

"Menjadi hal saya sama ada mahu menjawab sesebuah kontroversi yang berlaku ataupun tidak.

"Bagi saya isu poligami sangat sensitif walaupun ia boleh menjerumuskan ke arah kebaikan.

"Tetapi bukan hak saya juga untuk menghalang orang ramai daripada bercakap. Jadi lebih baik saya mendiamkan diri," tuturnya.

Ashraf dan Noor Dayana bernikah pada 30 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Syawal di Mekah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana