Hukum guru hasut pelajar perlu Ambil tindakan tegas

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan diminta menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba mewujudkan isu perkauman pada peringkat sekolah.

Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali, berkata peristiwa seorang guru sebuah sekolah menengah di Johor Bahru yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, selain menghasut pelajar membenci kerajaan seharusnya diberi perhatian serius.
JATI diberitahu sentimen perkauman yang semakin membarah dikatakan bukan saja berlaku di sekolah terbabit, malah sudah mula menular ke sekolah lain termasuk maktab dan pusat pengajian tinggi hampir merata ke seluruh Johor.


Ambil tindakan tegas

Pihak kementerian dan Jabatan Pendidikan perlu memberi perhatian terhadap isu ini selain segera mengambil tindakan tegas supaya menjadi teladan kepada yang lain, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.Kelmarin, akhbar melaporkan polis merekodkan keterangan guru wanita sebuah sekolah menengah di Gelang Patah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, selain menghasut pelajar membenci kerajaan.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamad, berkata pihaknya juga merakam keterangan beberapa saksi lain dan akan memanggil beberapa lagi individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes itu mengikut Akta Hasutan.
BH sebelum ini melaporkan guru wanita terbabit disiasat mengikut Akta Hasutan susulan laporan polis dibuat ibu bapa seorang pelajar sekolah itu yang mendakwa anaknya dan beberapa pelajar lain sering dihambur perkataan kesat, menghina dan berbaur perkauman oleh guru terbabit

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana