Hishamuddin mahu tinjau sendiri laluan motosikal...Inilah Yang Rakyat Mahukan

PUTRAJAYA: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan meninjau sendiri laluan motosikal yang dikatakan tidak diselenggara dengan baik dan tidak begitu selamat untuk pengguna kenderaan itu.

Hishammuddin berkata walaupun laluan motosikal di bawah tanggungjawab Kementerian Kerja Raya, tetapi Kementerian Pengangkutan mengambil inisiatif dan sedia bekerjasama untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya diberi keutamaan.

"Saya akan turun padang dan melihat sendiri keadaan laluan motosikal agar ia tidak ditokok tambah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab...apabila saya turun padang, saya akan tahu apa yang telah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan (memperbaiki laluan motosikal)

"Saya sudah berbincang dengan (Menteri Kerja Raya) Datuk Fadillah (Yusof). Minggu depan, kami akan turun padang dan melihat sendiri apa sebenarnya yang membimbangkan orang ramai dalam konteks laluan motosikal," katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Long See Wool

Hishammuddin juga meminta orang ramai memberi maklum balas berhubung laluan motosikal dan jalan raya yang perlu diberi keutamaan untuk dinaik taraf dan diperbaiki bagi menjamin keselamatan pengguna.

"Kementerian telah mewujudkan unit khas untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai. Kami akan memberi keutamaan berdasarkan maklum balas yang diterima. Namun begitu, saya berharap orang ramai memberi sedikit masa kepada kementerian untuk melaksana dan menyelesaikan masalah," katanya.

Terdahulu, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh), Tan Sri Lee Lam Thye mahu Kementerian Kerja Raya memperbaiki keadaan laluan motosikal sedia ada di seluruh negara supaya lebih selesa dan selamat buat pengguna.

Lee berkata laluan motosikal yang tidak diselenggara dengan baik dan selamat menyebabkan pengguna motosikal enggan menggunakan laluan berkenaan dan berkongsi lebuh raya bersama kenderaan lain dan keadaan itu meningkatkan risiko mereka terlibat kemalangan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana