Hina Agong: Lagi laporan polis terhadap Obefiend dan Melissa...

Sebanyak 21 NGO dan parti politik membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Twitter dan Facebook kerana mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, berkata mereka membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di Ipoh sebentar tadi terhadap pemilik Twitter dikenali sebagai Effi Obefiend dan pemilik Facebook dikenali Melissa Gooi.

"Saya berasa terkejut dan marah atas keceluparan mereka yang memperlekehkan Yang di-Pertuan Agong. Mereka ini boleh dianggap rasis yang melampaui batas," katanya pada sidang media selepas membuat laporan itu.

Sementara itu, Pemuda BN Kedah menggesa pakatan pembangkang menyatakan pendirian berhubung perbuatan seorang individu yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi Facebook.

Timbalan Ketuanya Haris Che Mat berkata setakat ini pembangkang mengambil sikap berdiam diri sedangkan perbuatan individu berkenaan mengguris hati rakyat di negara ini.

Pemuda BN juga meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap indvidu berkenaan, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai isu itu, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, hari ini.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang yang turut hadir pula mempersoalkan sikap pembangkang yang jelas mengamalkan 'double standard' kerana hanya lantang bersuara terhadap isu tertentu.

Ini satu lagi senario yang harus diteliti rakyat kerana ini mencerminkan apa yang pembangkang boleh lakukan pada masa depan, katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Pemuda MCA Kedah Tan Chee Hiong menegaskan perbuatan mengutuk dan mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan itu bukan budaya orang Malaysia.

Dalam akaun Facebooknya, seorang individu yang menamakan dirinya Melissa Gooi memaparkan kenyataan mempersenda titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sempena hari keputeraan Seri Paduka Baginda pada 1 Jun lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana