Himpunan tetap diteruskan di Padang Merbok: PKR...Inilah dikatakan Kurang Ajar Sikapnya


SHAH ALAM: Pembangkang merancang untuk meneruskan perhimpunan 'Blackout505' di Padang Merbok, Petaling Jaya 15 Jun ini walaupun gagal mendapat kebenaran polis.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata meskipun polis dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba melengah-lengahkan kelulusan program itu namun ia akan tetap diterusnya dengan alasan notis awal di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) telah diberikan.

Rafizi mendakwa sikap polis dan DBKL menafikan permohonan mereka sebagai bercanggah dengan PAA.

“Kita berpendapat kita memenuhi keperluan memberi notis 10 hari kepada polis dan mengemukakan permohonan penggunaan padang kepada DBKL.

“Sebelum ini polis juga mengambil pendirian serupa, kena dapatkan kebenaran pemilik tempat dahulu.Pemilik tempat pula memberi alasan perlu mendapatkan kebenaran polis dahulu.

"Ini jadi permainan oleh badan-badan kerajaan ini yang menjaga harta awam untuk melengah-lengahkan dan menyukarkan perhimpunan,” kata Rafizi lapor portal tempatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sebelum ini dilaporkan sebagai berkata lokasi berkenaan akan menjadi tempat program larian amal anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

Justeru Zainuddin berkata himpunan yang dirancang pembangkang sebagai gagal mematuhi syarat di bawah Seksyen 10 (C) Akta Perhimpunan Aman kerana tidak mendapat kebenaran DBKL bagi menggunakan Padang Merbok.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana