Himpunan 505 gagal capai sasaran 100,000 peserta...Padan Mukanya

SHAH ALAM: Setelah beberapa siri perhimpunan ‘Blackout 505' kerana tidak berpuas hati gagal menawan Putrajaya, Pakatan Rakyat pada sesi ke-15 bantahannya akan berhimpun di Kuala Lumpur hari ini.

Bagi mereka pilihan raya umum 5 Mei lalu tidak telus dan berat sebelah. Pemimpin pembangkang mendesak pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berundur dan digantikan dengan kepimpinan baru.

Bagaimanapun menurut sumber Antarapos, perhimpunan 'Blackout 505' hari ini adalah untuk mengadakan demonstrasi jalanan ala Occupy Padang Merbok sebelum peserta himpunan itu bergerak ke bangunan Parlimen pada Isnin depan.
Tujuan mereka adalah bagi mengganggu upacara pembukaan sidang Dewan Rakyat dan sekali gus mempamerkan kuasa rakyat dengan agenda utamanya memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berundur.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan lewat petang semalam berkata pihaknya menerima maklumat tentang cubaan peserta himpunan itu untuk menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa.

Ketuanya, Datuk Mohmad Salleh berkata polis mendapat maklumat peserta di tujuh lokasi himpunan akan "menimbulkan kemarahan polis" dan "mencetuskan huru-hara sekitar Kuala Lumpur".

"Suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelusuk dunia melalui medium komunikasi masa kini bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa.

"Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai himpunan ini kerana ia jelas menunjukkan pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dan orang ramai," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana