Henti pertikai, demonstrasi bantah PRU-13 - Mapem

SHAH ALAM 25 Jun - Majlis Perundingan Ekonomi Melayu Malaysia (Mapem) menggesa pembangkang menghentikan tindakan mengadakan perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 demi kelangsungan pembangunan negara.

Presidennya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, gesaan itu memandangkan tindakan tersebut menghalang banyak pihak khususnya golongan peniaga melakukan aktiviti mereka dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Malah, tambah beliau, tindakan itu turut menyebabkan kerajaan tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya terhadap pelaksanaan dasar negara untuk manfaat rakyat keseluruhan.

"Jangan banyak fikirkan mengenai hal-hal politik dan mengadakan kekacauan. Pilihan raya umum sudah habis, ketika ini adalah masa untuk semua pihak tumpukan kepada hal yang lebih penting untuk kemajuan kampung, bandar dan negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Mapem yang turut dihadiri sebanyak 30 pertubuhan di bawah majlis itu di sini hari ini.

Tambah Rozali, pihaknya menerima serta menyokong penuh keputusan yang dibuat rakyat dalam pilihan raya umum lalu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) diberi kepercayaan menerajui pemerintahan negara di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana