Harun Taib Bakal Disingkir Kerana Tolak Himpunan #Black505?

Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berhubung penyertaan parti itu dalam perhimpunan ‘Black505’ membuktikan secara jelas dominasi ‘Anwarinas’ dalam Pas. Ini kerana Harun Taib yang sebelum ini berkata beliau tetap berpegang dengan pendiriannya bahawa PAS tidak akan menyertai himpunan seperti itu terpaksa menarik balik kenyataan tersebut ekoran tekanan yang diterima dari kelompok ‘Anwarinas’.

Kepada yang masih belum mengetahui, istilah ‘Anwarinas’ adalah merujuk kepada satu kumpulan di dalam Pas yang cenderung menyokong ideologi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Malah kumpulan ini dilihat semakin membesar dan mendapat tempat di dalam PAS apabila mereka dilihat berjaya ‘menyingkirkan’ pengaruh dan sokongan kumpulan ulama dengan kemasukan beberapa orang ‘anak didik’ Anwar dari kalangan pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).Mohamad Sabu (yang suatu ketika dahulu turut bersama Anwar dalam ABIM), Kamarudin Jaafar, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Khalid Samad adalah antara pemimpin Pas yang sering dikaitkan dengan kumpulan ‘Anwarinas’ ini.

Harun Taib sebelum ini pada 6 Jun mengatakan keputusan Dewan Ulama untuk tidak akan menyertai perhimpunan tersebut 22 Jun ini, sebaliknya memberi fokus kepada persiapan pilihan raya umum akan datang. Namun pada 10 Jun, beliau terpaksa menarik kembali kenyataan sebelum ini dengan mengatakan kenyataannya yang mengatakan PAS tidak akan mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah merupakan pendapat peribadi beliau.
Malah menurutnya lagi, beliau akur dengan keputusan parti berhubung penyertaan dalam perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya ‘Black 505′ yang akan diadakan pada 22 Jun ini. Jelasnya, pendapat tersebut diberi sekiranya perhimpunan tersebut bertujuan untuk mengadakan revolusi. Himpunan Black505 sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 15 Jun, sebelum ia dipinda kepada 22 Jun atas beberapa sebab-sebab yang tidak munasabah.

Tambah menarik lagi apabila Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu pada 9 June 2013 berkata jawatankuasa Pas pusat sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan. Malah menurut sumber, mesyuarat jawatankuasa Pas yang diadakan itu kecoh dengan gesaan dan tekanan dari kumpulan ‘Anwarinas’ yang menggesa agar Pas turut mengambil bahagian sekali gus menolak kenyataan yang dikeluarkan oleh Harun Taib itu.Selain dari, penganalisa politik, Mohd Sayuti Omar yang juga merupakan bekas pemilik akhbar Siasah yang suatu ketika dahulu cenderung menyokong Anwar turut membidas Harun Taib ekoran kenyataan terbaru yang dikeluarkannya itu. Melalui entri terbaru dari laman blognya yang bertajuk ‘Harun Taib Tidak Faham Politik’ Sayuti yang dikenali sebagai MSO mengatakan, pemimpin ulama Pas itu bercakap dari atas bedul rumah.

“Dia bersetuju kalau himpunan itu bukan untuk melakukan revolusi? Apakah Harun Taib ini faham atau tidak dengan politik? Atau beliau bercakap dari atas bendul rumahnya dan mengikut perasanya sendiri saja? Apakah politik yang beliau faham dan apaklah politik yang beliau tidak faham?
“Siapa yang mentafsirkan kepadanya himpunan Black505 itu untuk menggerakkan revolusi? Apakah dia juga faham dengan perkataan dan pengertian revolusi? Harun telah meletakkan dirinya dalam keadaan yang berat. Dia berfikir sesuatu yang orang tidak berfikir dan menganggap orang berfikir seperti dia fikir. Saya rasa Harun mendapat maklumat mengenai himpunan itu bukan dari partinya tetapi dari akhbar Utusan Malaysia dan wartawan yang sering menghubunginya” menurut Sayuti.

Selain dari itu, Sayuti turut mempertikai kedudukan Harun taib yang dikatakan tidak layak mengulas mengenai politik malah turut menggesa agar beliau berundur dari Pas.
“Orang seperti Harun sebenarnya tidak layak untuk mengulas mengenai politik. Ia bukan memberi kebaikan sebaliknya keburukan kerana ada pendapat dan kenyataanya kontra dengan keputusan parti. Ahli Pas pula jangan mudah menerima pandangan politik dari seseorang yang mendapat pendidikan tinggi dari institusi terkenal, atau digelar ulama tanpa diadaptasikan dengan politik semasa berdasarkan realiti.
“Saya melihat orang macam Harun Taib ini bukan lagi membantu menggalakkan perjuangan Pas tetapi banyak menyusah dan membantutkan usaha pihak lain. Seeloknya menjelang muktamar ini Harun berundur sajalah” tegas Sayuti lagi.
Selain dari itu, Harun Taib turut menerima kecaman demi kecaman dari bloggers yang pro kepada ‘Anwarinas’. Antaranya seorang penulis yang mengelarkan dirinya sebagai ‘Tulang Besi’ dengan mengatakan tindakan Ketua Dewan Ulama ini adalah merupakan kemuncak tarbiyyah Pas untuk menjadi ‘HAMBA’ kepada Najib Tun Razak.
Menarik bukan? Hanya kerana mengeluarkan kenyataan untuk tidak bersetuju dengan Anwar, Harun Taib terpaksa membayar dengan harga yang cukup tinggi. Bukan lagi sekadar caci-maki, disebabkan dilihat cuba melawan arus, Harun Taib berkemungkinan akan disingkirkan dari jawatan.
Kepada ahli dan penyokong Pas, bukalah mata dan hati. Berapa ramaikah lagi pemimpin Pas yang terpaksa dikorbankan demi memenuhi nafsu serakah makhluk bernama Anwar bin Ibrahim?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana