Gambar NGO Desak 'Calvin Gani' Dikenakan Tindakan Tegas



KUALA LUMPUR 14 Jun - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam mendesak supaya pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap Programmer Calvin Gani kerana mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Pengerusi Angkatan Perpaduan Islam Sejagat Malaysia (API), Datuk Seri Paduka Ayahanda Azizi Bin Nani berkata, pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini dengan segera dan mengenakan tindakan terhadap Calvin mengikut undang-undang sedia ada.

"Kami juga memberi amaran keras jangan mana-mana pihak yang cuba mempolitikan isu penghinaan agama islam ini sehingga menampakan seolah-olah Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai agen perkauman atau memihak kepada sebelah pihak sahaja."

"Pihak kami juga berharap jangan ada pihak yang mengambil kesempatan diatas toleransi kerajaan berkaitan hak kebebasan bersuara sehingga ada pihak yang menjadikan ianya satu lesen sehingga negara boleh menjadi huru-hara kerana disalahgunakan," katanya selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar DSP G Venu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Bukit Aman disni hari ini.



Hadir sama ketika penyerahan memorandum tersebut, wakil  Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Wilayah Persekutuan (Pekida), Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) dan Angkatan Perpaduan Islam Sejagat Malaysia (API) bersama kira-kira 100 penyokong NGO tersebut.

Tambah Azizi, pihak berkuasa turut diminta bertindak lebih tegas pada mana-mana pihak yang cuba mengkucar-kacirkan ketenteraman di negara ini dengan memainkan sentimen agama dengan sengaja.

"Kami dengan tegas mendesak kerajaan supaya bertindak dengan lebih tegas pada mana-mana pihak yang cuba mengkucar-kacirkan ketenteraman negara dengan isu yang amat sensitif seperti penghinaan terhadap agama Islam.

"Berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan sah dan nyata yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, kami memberi sokongan kepada pasukan PDRM dan akan sentiasa bersama-sama menyokong apa jua tindakan oleh pihak berkuasa," jelas beliau.

Sebelum itu, tiga NGO Islam tersebut berhimpun secara aman di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai respon kepada tindakan tidak bertanggungjawab segelintir individu di laman sosial yang memuat-naik kenyataan biadap dan menghina sensitiviti kaum dan agama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana